16 May 2010

^^hepi teacher's day...^^









zwani.com myspace graphic comments



"teristimewa buat semua insan yang bergelar guru...dan juga kepada guru2 yang pernah mendidik ku suatu tika dahulu..jasa kalian akan tetap dikenang sepanjang hayat..."

12 May 2010

tag....barang pertama...

TAG....Barang Pertama...

Tag from Pn Arfah

jom kita jawab..

1. Barang kahwin pertama yang dipakai?
seutas gelang dr asben masa batal air sembahyang..cincin tunang+risik aku xpakai pon..aku lg suka pakai cincin putih zhulian masa tu....sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi....

2. Barang elektrik pertama yang beli bersama pasangan selepas sah bernikah dan duduk sebumbung?
urm..xde kut...sume asben yg beli..ekceli pas kawen aku pjj dgn asben...adalah dlm 6bulan kut..sebulan sblm aku bhenti keje dan pindah kat sini,asben dah sewa umah tlebih dahulu...so..dlm masa tu dia dah beli la sket2 brg tu..aku masuk poyo guna je lah kan...hehehe...
eh,,lupa..langsir..ye..aku yg beli lgsir ni..nilah satu2 nye reta aku dlm umah nih...hahaha....(erk!!lgsr brg letrik ke)

3. Barang pertama milik peribadi yang dibeli guna duit hantaran?
xde...abih wat kenduri..ada belen 1k..aku masuk dlm asb...sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi..

4. Barang pertama yang dibeli selepas bergelar isteri?
tak ingat acik do..lamo dah...

5. Barang mahal pertama dibeli sbg suami isteri (beli dgn capai keputusan bersama)?
henpon nokia..xigt jns tapi harga 1k lebih...1st time pakai tipon mhl weh...aku senyum bhari2 pehtu..hehehe...asben pon beli gak dia punya masa tu..henpon sabun je..ok la..glemer jugak la masa tu...tapi dah rosak dua2 tu..aku nk trade in tp asben xbagi...wat kenangan katanya..

Ok..nama berikut sila jawab tag ni ok

1. Zaidah

2. shida

3. jazzrine

***perasan tak,,aku duk gunakan 'asben' je..aku xmau sbt nama dia sbb.........majuk!!!!!jelirjelirjelir...

09 May 2010

blk kg + Zahra

salammm...
seminggu sudah balik dari kg...baru hari ni bkesempatan hapdet blog...hari2 yg dilalui biasa saja..tiada yg menarik pun blaku..seminggu di kampung bagi atuk dan uwan bmesra dgn cucu..kalo balik biasa 3 hari je...belum sempat mesra dah balik tganu smula...so,,Mr wu anta kitorang 3 brnk je dulu..tambahan Mr wu sibuk dgn shut down..xde masa nk kluar jalan2 ke...hujung bulan Mr wu ambil smula...sblm balik sempat jgk wat majlis potong kek...wat kecik2 je dgn tetamu vip atuk dan uwan n sdara mara terdekat...hehehe....besday aku jatuh 29 april n besday aunee pada 9 april sblm tu...oleh sbb 9 hb tu xbuat apa2 pun,,w'pun potong sbjk kek...(kes Mr wu keja pegi pagi balik mlm)...jadi aku duk canang la majlis tu majlis dia..bagi dia suka sket..kalo lah dia tau mjlis yg meriah tu majlis besday aku..mau nangis dia tu..hahaha....
tapi kan ada satu yg menyentuh hati aku pastu...sedang aku sibuk2 bkemas kat dapur,,basuh pinggan mangkuk,,tiba2 aunee datang cakap...'mama,,timakasih wat besday kakak'...huhuhu...baru 3 tahun sudah pandai mhargai..harap2 berterusan sikap kakak yg baik ni ye...jgn lah kakak jadi manusia yg lupa daratan,,lupa diri bila besar nnti..jadi lah ank yg selalu mgembirakan mama ye sayang...
hari ni pagi2 lg dah sampai klinik rantau petronas kerteh...nak jumpa specialist kanak2...pakar ni hari2 tertentu je dtg...aku nk refer si zahra ni..risau plak bila 'strawberry mark' dia makin mbesar nmpk nye...so..dktr bg satu krim utk sapu n suh tgk keadaanya sampai zahra 2thn..slalunya makin mngecil/menghilang bila dah 2tahun ke atas...kalo sblk nya...mungkin kena wat rawatan la..laser maybe..aku pun xbrapa paham no apa dktr ckp tadi..hehehe..
ok..skian dulu...daa...:)

***gambar sekeping pun xde..aku taktau la nape aku tak mgedik nk tangkap gambar..slalu tu aku sanggup tunggang tbalik,,tertonggeng2 nk shoot..carik angle tbaik..tah la..hormon kut..ke aku mulai rasa aku dah tua 29 tu...muahahaha!!!!....

21 April 2010

bersabar lah ibu...

Saya Mohon Belas Kasihan Dari Kalian

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM M
uar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.....


Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.



Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha. Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan. Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak dinotak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin

Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.


20 April 2010

malas mbaca???

salam uolls...
dlm tahun ni agak2 brp buah dh buku yg uolls baca..???maksud aku buku ilmiah ni..aku xde sebuah pon...sedihsedihsedih..bukan la aku ni malas nk mmbaca..tapi xsempat...ada2 je nk buat..nk urus anak,,urus umah..slalunya baca brita pun online je..kdg2 baca tajuk je...sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi...tapi kalo baca gosip artis mmg sempat baca sampai abis ye..hahha....
baru2 ni aku tjumpa satu artikel...salah satu cara terbaik mnanam minat anak2 utk mbaca,,,ibubapa sndri kena rajin mmbaca..baru aku perasan..anak aku dh besar rupanya..dh sesuai bkawan dgn buku ni...sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi..
sbgai langkah pertama..aku membawa gegirl gi library awam kat tmn ni...punya la sedekad library tu wujud,,,baru smlm aku gi..hehe...sblm2 ni tak tgerak pun ati nak gi...terus register nama aku n Aunee .terus pnjm buku...satu kad boleh pnjm 2buku...jadi aku bleh pnjm 4 buku..aku igt pehni aku nak register Mr wu n Zahra..leh pnjm byk buku kan...jom tgk aku pnjm buku apa...


yeahhh!!! tgk tajuk btl2 ye...sbgai surirumah kdg2 aku tpikir apa yg aku boleh buat nk tambah duit poket...dlm buku ni byk panduan tntg buat biz dr umah...aku pnjm semata2 nk kaji knapa biz aku boleh lingkup satu masa dahulu....hahhaha!!!!...
kalo org lain study dulu sblm biz..aku plak lain...dah bengkrap baru nak study..nk kaji..nak gali...padan muka aku kan...sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi....


then,,buku ni..stok jiwang2...hehe..aku xtau lg best ke tak sbb xbaca abis lg..ptg smlm aku baca dah sket..duk dlm bilik konon2 xmau ank2 ganggu..skali aku tido daa...baru 1muka stgh baca...sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi..camne nk abis ni..makan tahun nih...


ni plak untuk gegirl...sjk blk tu aku nmpak aunee duk belek2 je...xsempat lg aku nk bcerita kat dia...last2..pagi tadi dia plak suh aku dgr dia nk crita..(erk??) ..kalo versi asal harimau tu nak mkn kancil...tapi dlm versi aunee...kancil tu nak mkn harimau..harimau tu lari laju2 sgt sbb takut kat kancil..sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi...cian la pulak..jadi aku crita dah versi asal kat dia....ooooo...pnjg o dia..hehehe...
Mr wu tanya,,xde ke buku kisah2 nabi ke..para syuhada ke..isteri2 nabi ke...aku jwb buku tu 'berat' tuk anak2..kecik lg...skali dia ckp bkn utk anak da..untuk haku!!!!!huhuu....malumalumalu...
 

Haku dan donia ku... Published @ 2014 by Ipietoon