09 October 2011

cerita kek...

yuhuuu..sudah kembali...3 hari tanpa pc,,cukup buat aku resahhhhhh...hehee...
pc aku masuk 'spital' la..sbnrnya dah lama dah sakit...ada 256 error tuuu,,,tapi selagi boleh,,aku hentam je online n guna mcm biasa....
penyudahnya,,,kamis aritu xbleh bukak dah,,gelap gelita...baru la terhegeh2 nak bwk gi bekki...
ahhh..sunyi sepi hidop ku..tanpa forum,cite korea,fesbukk..cian kwn2 ku..ajk tetap menyepi seketika..hahaa....

okkk,,mula2 nak update resepi kek yg aku buat sblm2 ni...
first,,kek gula hangus a.k.a kek sarang lebah...tapi org tua2 kat sini panggil kek span..aku pun kompius mula2 tu...



resepi ku ambik dari homesweethome..tq kak ummi :)

Bahan:-

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat manis **aku buh 1/2 cwn je...
  • 2 camca teh soda bikarbonat
  • 4 biji telor
  • 2 camca besar mentega

Cara Membuat:-

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
  2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
  3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7"x7" dan perap adunan selama 3 - 4 jam. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 - 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam.
## aku perap 2jam je..kes tak menyempat...lama gile nak tunggu 4 jam tu..hehee...



second,,kek menguji kesabaran...kek lapis asam manis...bagi ku..kalo spesis lapis2 ni...nama nya mmg kek menguji kesabaran....sabo je time nak melapis satu-satu tu...



resepi yang ni ku ambik dari hanamemories...resepi asal dari dayangjack...pape pon..trimasss pada kedua-duanya..mcm biasa,,halallan kopipesan resepinya :))

RESEPI KEK LAPIS ASAM MANIS KUKUS
source : dayangjack@dapurkusayang

Bahan-bahan (loyang 8 x 4.5 x 4.5)
  • 2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
  • 4 biji telur A (sejuk)
  • 180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis)
  • 4 sb susu pekat manis
  • 1 sb ovalette
  • 2 sb horlicks - optional
  • 125 ml susu segar (sejuk)
  • 1 sk esen vanilla
  • 80 ml minyak jagung
  • kepingan asam manis/hawflakes secukupnya
  • sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning (warna lain pun ok)

Cara-cara
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
  2. Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu.
  4. Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata.
  5. Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala).
  6. Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong.






banyak pulak gambo kek ni ye...yelah...penat2 aku melapih...kasik tepek byk sket la..hehee..
ops,,ikut resepi tu guna biskut meri,,aku tibai biskut lomak ajo..dah tu yg ada..haha..
apa pun..sedap la kek ni..

**pssttt...aku kan dah siap potong2 nak bagi mil..last2..xjadi.. aku makan sndiri je..sayang pulak nak bagi..hahaha..menantu sapa la yg hampesss tu...hihihii....
 

Haku dan donia ku... Published @ 2014 by Ipietoon