18 August 2009

gemuk...

sebab2 wanita lebih cpt nampak GEMUK dan TUA

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana
menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan
anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita
khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah
makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita,
sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni,
terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk
anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan,
buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab
makanan x sempat nak hadam betul2.(AKU SOKONG....)

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka
membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan
menghabiskannya pulak. Sayang katanya… takut membazir. Membazir
tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni
kuat betul makan!"(AKU SOKONG GAK)

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan
tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak
bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa
puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak. Bila x cukup tido,
mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa
tu guna Total Effect ker, aper ker… xkan nak hilangnya. Petua utk
cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.(BETUL2..AKU SOKONG)

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk
membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang
kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya… nak itu,
nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2… dan bila marah2, banyak
leter, so cepatlah jadi tua..(AKU SOKONG GILE!!!!)

Kesimpulannya…wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan
LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan
isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan
anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu
melakukan seperti dia…

*** aku kopipes aje dari email yang aku dapat..pandangan aku dari sudut sebagai isteri ni aku setuju aje dgn kat atas ni..mcm aku..pas kawin la aku mengalami 'tumbesaran' yang agak mdadak...punca nye 1 aje..makan.aku ske makan,Mr wu pon ske makan...kadang2 kitorang blumba2 nak makan byk.lg2 kalo makanan tu best..hahahaa!!!...las2 aku tersedar...badan haku makin mmbesar tp Mr wu mantain aje..tapi apa nak buat..nasik dah jdk bubur..aku terus aje makan..dan makan...dan makannn..sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi....

 

Haku dan donia ku... Published @ 2014 by Ipietoon