17 September 2013

Snow Cheese cake

Assalamualaikum..

resepi kek 2hari lepas..percubaan pertama...alhamdulillah,,laku dan disukai oleh seisi rumah...
mungkin rasa dabel cheese tu kut..tapi agak kurang diselera ku..
setakat ni aku lagi suka cotton japanese cheese cake..lembut je masuk mulut...
apa pun,,blh lg buat masa akan dtg..anak2 suka,,suami pun suka..janji habis...


cantik tak rerama ats kek tu..cute kan..hehe...pas makan aku simpan balik...nanti nak buh atas kek lain pulak..hihihi...

resepi aku ambik dari kaknorsecubit garam...tq kak..

KEK CHEESE BERSALJI
resepi : Sherry mz@MyR
sumber: Kzai@Teratakimpian
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
UNTUK KEK:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) ~ k.nor guna tpg gandum biasa
##aku pun guna tpg gandum biasa...
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)
##aku buh 1/2 cwn je..

UTK TOPPING:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.


Selamat mencuba,,selamat menggemuk..hahah..

 

Haku dan donia ku... Published @ 2014 by Ipietoon