23 February 2012

ciken cop simple

Assalamualaikum...

menu lunch semalam...ciken cop dongan nasik putih...hehe...
dolu2,,aku pernah buat ciken cop ni,,,siap dgn set2 nya sekali..coleslow,fries,,,kentang lenyek tuh...
abis je makan terus mr wu ajak aku keluar pi kedai makan...xpuas katanya..nak nasik jugak...
so,,kali ni aku belajar dr pengalaman la..hehehe....
dah tekak melayu totok tu kan...nak nasik jugak camna pun :)))


ciken chop aku yg simple aje...tapi aku nak tepek resepi sbb rasa mcm sedap la pulak..hehe..

resepi aku ambik dari myresepi..tgk sini . tq tuan resepi....

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • *UNTUK DIPERAP*
  • 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 cm halia (cincang)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos Lee & Perrins *ni aku xletak
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • garam secukup rasa
  • *SOS BLACK PEPPER*
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 3-4 cendawan butang (cincang)
  • 1/2 biji bawang besar (cincang)
  • garam/gula secukup rasa

Cara-cara

  1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
  2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
  3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
  4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
  5. tapi kalo rase tak cukup je soLinks marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
  6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa. OK?



sos pulak aku ikut resepi k hana...pun sodap jugak...tq resepi kak...

Bahan-bahan
  • 11/2 cawan stok ayam@daging - hana gune stok ayam (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar - nk kurangkn pon bleh!
  • 4-5 sudu serbuk lada hitam
  • 2cm btg salery - cincang
  • 1/2 biji bwg besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 1/2 tin cendawan butang - dhiris
  • 2 sudu besar tpg gandum - bancuh ngan air
  • garam dan gula - jika perlu
Cara-cara
  • panaskan stok ayam, susu segar, bawang n juga btg salery. didihkan.
  • kemudian tapis. buang bwg n juga salery. klu tk nk tapis pon takpe! didihkan smula.. masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
  • last skali masukkan bancuhan tpg gandum utk mendptkan kepekatan yg dkehendaki.
 

Haku dan donia ku... Published @ 2014 by Ipietoon