07 January 2010

aku sedih

tak tahu nak dimulakan dari mana..yang pasti lara di hati aku tak dapat ditahan lg...pg2 lagi dapat satu kabar duka yang tidak pernah terfikir oleh aku dan keluarga..
sabar la mak..sabar la ayah..dugaan Allah untuk kita...

duhai adik ku siti fatimah..ketahui oleh mu bahawa ibu yang mmbawa mu ke dunia ini sedang menitiskan air mata akibat sikap mu...betapa remuk nya hati mak bila dapat tahu perkara ini..
mak yang mengandungkan kau 9 bulan..
mak yang melahirkan dengan penuh kesakitan...
mak yang menyuapkan makanan ke mulut kau..
mak yang mjaga kau ketika sakit...
mak lalui mcm2 kesusahan demi membesarkan kita adik beradik...
ayah yang turun naik bukit,bersusah payah dlm hutan menebang balak demi mcari rezeki kita...
tapi hari ini..kau mudah melupakan segala pengorbanan makayah semata2 seorang lelaki....sanggup kau membelakangkan mak ayah demi mengejar cinta kau yang konon2 nya suci itu...
tergamak kau lukakan dan hancur kan hati nya..
mak yang pertama mencium kau,,tapi bila besar tergamak kau menghiris hati nya..
kau pekak kan telinga,kau buta kan mata hati untuk menerima nasihat...
kau abaikan perasaan ibu bapa yang mjaga kau 22 tahun..
ingat la adik ku..kasih lelaki boleh ditukar ganti..kasih ibubapa bawa ke mati...
sedar la adik ku..
larangan makayah itu sungguh berasas..
tiada ibu bapa di dunia ini ingin melihat anak nya hidup mderita..
mereka terlebih dahulu memakan garam..sudah punya byk pengalaman...
jangan lah kita sahaja yang meminta ibubapa paham perasaan kita,,sebaliknya pernah kah kita memahami perasaan ibu bapa...
pernahkan kita ambik tahu apa yang terpendam dlm hati mereka..
pernahkah kita memahami kesedihan mereka..
hidup umpama roda adik ku..jika kau ada ank nanti..apa perasaan kau jika anak kau lakukan perkara yang sama..
keredhaan Allah ada bersama keredhaan ibu bapa...
andai nya mahligai mu bahagia..pastilah kau seorang yang sangat bertuah adik ku..
tapi ingat...andai mahligai mu tak seindah yang kau bayangkan..tak secerah yang kau damba kan..jangan lah ke bahu mak kau lepas kan tangisan..mak sudah byk mederita atas perbuatan kau..
ingatlah pada hari ini kau telah telah melukakan hati mak,ayah...dan juga aku..kakak kau...
banyak nasihat sudah ku beri..satu pun tidak terkesan di hati kau..
kau rela buang darah daging kau demi lelaki itu...
aku betul2 sedih dan kecewa dengan sikap kau..
apa kah aku bukan contoh terbaik lagi..??
sejahat2 aku..maruah keluarga amat ku junjung...
pernah kau melihat aku melawan cakap mak..???
aku ingin melihat sejauh mana kau boleh 'terbang' adik ku..
pergilah..ikut lah kata hati mu...





 

Haku dan donia ku... Published @ 2014 by Ipietoon