27 October 2010

ulek mayang


aghhh...hari nih aku lupa tgk cite nih..episod 3..tb9 tadi pon lupa tgk ulangan nya...huhuu...
padahal..semalam aku kua,terkocoh2 nak balik sblm 4.30pm semata2 nk tgk cite nih...

aku suka cite ni pasal....cite ni shooting kat dungun nih..hehe...jd macam jakun tgk kawasan ni kua tb...mcm cantik plak..:)))
bila kua je babak2 tu..aku dgn mr wu berebut2 teka kat mana tmpt tu..muahaha!!!! sengal tul!!!

sinopsis cite ni:

“Ulek Mayang mengisahkan Ali (Fezrul Khan), seorang nelayan yang sering diganggu dengan bayangan Puteri di persisiran pantai. Namun, Ali hanya mendengar suara gurau senda tetapi tidak pernah melihat wajah si Puteri itu. Semakin hari bayangan Puteri itu semakin menghantui hidup Ali. Ali sentiasa pergi ke pantai untuk mencari Puteri. Malah, dia dapat merasa kehadiran Puteri dalam mimpinya kerana bilik tidurnya akan dipenuhi dengan bau wangian. Ibu Ali, Mariam (Mariani Ismail) semakin risau melihat keadaan Ali yang menjadi seperti sasau dan angau.

Sebenarnya, Ali telah bertembung dengan Puteri Mayang Sari (Elly Mazlein). Suatu hari, Ali telah menyeru nama Puteri Mayang Sari supaya dapat berjumpa. Pada kali pertama mereka bertentang mata, Ali dan Puteri Mayang Sari telah jatuh hati. Puteri Mayang Mengurai (Sabrina Ali) yang juga menyimpan perasaan terhadap Ali telah memukau mata orang sekelilingnya supaya melihat Sari sebagai hantu yang berwajah hitam dan menakutkan.

Percintaan Ali dengan Sari ditentang keras oleh Mariam kerana Sari dianggap sebagai hantu yang akan membawa mudarat kepada anaknya. Setelah Ali sesat dalam alam Puteri Mayang Sari, Mariam mendapat khidmat bomoh untuk mengadakan upacara pemujaan Ulek Mayang. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila Mayang Sari mengamuk semasa upacara tersebut diadakan. Apakah yang akan terjadi selepas ini?


kat atas batu ni lah si elly menari2 tu..aku taktau la camne dia bleh sampai ats tu..panjat ke,guna tangga ke...mengah jugak kalo panjat tu..
kat tepi jalan je pantai ni..pantai kuala abang...tepi jalan besar dungun-kuala terengganu...

sket lg gambar2 area pantai ni...




dan yang terakhir terima lah.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

seorang puteri yg sedikit obes bsama 2 orang anakanda nya..hahaa...
 

Haku dan donia ku... Published @ 2014 by Ipietoon