31 May 2009

top magazine.....

aku wat majalah ni spesel wat cekgu hasniza...




###sbeno nye nk test je..jgn marah ekk...###

27 May 2009

sbagai ingatan....

Just saw this… which touched my heart…so, rasanya worth sharing with you all


" Aslina, sudah berapa tahun awak berkahwin, " tanya Sybil, guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina.

"Emm..sudah masuk tahun ketujuh, kenapa ? " Saya menjawab dan berbalas tanya pula.
"Awak hati-hati. Biasanya, ramai pasangan yang berpisah pada usia keenam dan ketujuh perkahwinan mereka." Katanya sinis tanda mengusik.
"Alamak Sybil, cuba awak rasa mulut awak, "saran saya tiba-tiba.
"Why?"Sybil tertanya-tanya.
"Kalau masin mulut awak tu, susahlah saya." Sybil menyambut dengan ketawa. Gurauan ada kalanya tersirat kebenaran. Berapa ramai pasangan suami isteri
hari ini yang bercerai di usia perkahwinan yang masih muda. Mereka menyatakan semuanya Takdir Tuhan, berpisah lantaran tiada lagi persefahaman. Ikatan suci yang bermula dengan kasih dan cinta, berakhir dengan sengketa dan buruk sangka.

SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang. "Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi
masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama
arwah Mak. Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan
pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka: 1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah 2. Kamu kufurkan kebaikan suami.' Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG

“ Awak beruntung ye Ina, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.
" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini. "


***email dr kwn aku...elok la kita baca n praktikkannye yeee..***

seorang aku...

hiii.....
emm..stlh aku post 2,3 n3..ada plak pmintaan...suh aku knlkn dr..background..status..ni tak,trs aku bcerite..tah sape2 org xtau..si anu tu ckp laa...
ok laa..aku..aku...aku org bese je..dgn bangganye aku anak negori.tapi tlh terkawin dgn org pantai timur.terrrr...ke??? xde la..aku mmg mnyintainye spenuh hati..cewah!!!..dkt 4thn dh aku pgg title isteri ni..anak plak baruuuuuuuuu 2.mksd nye ade lg la tu coming soon..(time aku tulih ni mood aku sdg baik..heheee..)n dua2 puteri..pkrjaan aku...aku ialah seorg ceo dlm umah aku.heheee....
now,aku duk kt dungun,tganu..sesape kwn2 yg ada wat rombongan cik kiah ke tganu tu,,meh la singgah umh aku..aku tau tu..ada la 2,3 org yg slalu p ganu..duk lalu lalang je dpn umh aku..xnak singgah pun,,xpe laa..org xsudi...
pe lagi eh..cukup la tu kot.sket2 udah le...no ic xyah la yeee..ekeekee..
ok..daaa...




"waterfall ni bukan la kt blkg umh aku..aku test je nk bubuh gambar..hehee..."

24 May 2009

pesal???...

salam...
lain mcm je bunyi tajuk tu..yeee..pesal???pesal???...pesal plak aku nk ada blog..sbenanye aku ni duk baca blog org je..lame2 tu cam best plak aku tgk ade blog ni..leh tulis mcm2,mluahkan perasaan,bubuh gmbr,puji2 org,kutuk2 org..hehee..dan pada surirumah y xbrapa pandai komputer tu (aku ke?)nilah tmpatnye mguji sjauh mane k'terer'an kite..bg org cm aku ni bkn senang tu nk mekap2 blog ni..blog ni gk mcm diari maya aku la..akan ku abadikan stiap moment terindah buat ingatan ku.ewah...lg pn aku xramai kawan bckp kt sini.jiran2 keje..kenal pun gitu2 je..bkn nye aku ni kera sumbang ke,diorg tu msti la penat,nk masak,bsh kain..xkan nk mlayan aku melangok plak...ada pun sorg blkg umh aku ni.kak paezah nama nye..ank 5..surirmh gk.baik.kt tmn aku ni sume org kenal dia sebab...bia la aku sorg je y tau eh..kalo aku ckp dgn dia pun y bese2 je..masak lom,mkn lom..takkan aku nk borak yg aku mnt meet uncle husin dgn dia..silap2 dia tnye 'pok using hok mane????...'adeii....
k la..tpanjang plak n3 aku kali ni..xpe..pehni lg pnjg2 kot.smangt nk nulih..hihihiii!!!!!

23 May 2009

huh!!!!..fening..fening...

salammmmmmmm...
rope2 nye bukan senang nk wt blog kan..nak make up kasik mnarik tu..pada kawan2 yg pro tu meh le ajar aku..cmne nak bg blog ni besar..tgk la kat slide tu,,sekerat je gmbr2 tu..adeihh..puas dh aku godek2,xjdk gak la...aku amat la mghargai ptolongan korang tu..ija,bleh tolong tak??..heheee...dn tau dh jawab eh..haha!!!...

21 May 2009

wat kwn2 aku...jas,zam,bedah...sori la xdpt nk ym ngan korang sume...smata2 aku nk bg tumpuan m'edit blog aku yg buruk nih..ni kali ke brapa tah aku wat blog..duk m'edit lintang pukang jadik nye..malu aku nk publish kan.las2...delete jer la...
kini aku kembali mmbuat blog.smata2 nak jdk blogger.ekekeee...so..sowi eh...nntk kita msg deh...

hi...testing..testing...

salam...
saje...nak test...
 

Haku dan donia ku... Published @ 2014 by Ipietoon