26 February 2013

tart telur

Assalamualaikum...

sempena memenuhi permintaan zahra..dari aku alahan lg duk bjanji nk buat tat telur utk dia..
akhirnya adik dia dah kua pun br bleh buat..hehe..
bukan tak penah mkn pun..selalu aje aku belikan..nak jugak aku buat..
mcm la aku buat sedap sangat..ekekeke...

Aku amik resepi dari blog k azita zain..
Resepi asal dari zlinda_mz @ MyResipi.

Bahan Untuk Crust :
2 cawan tepung gandum
¼ cawan gula halus
½ camca teh baking powder
¼ camca teh garam
½ cawan butter (bahagikan kpd 8 bhgn kecil2)
2 biji telur

Bahan Untuk Filling :
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan air
1 camca besar tapung kastard
½ camca teh vanilla essence

Cara-cara :
  * Untuk buat crust : Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dalam doh mixer/food processor/guna tangan pun boleh. Sebatikan.
  * Masukkan butter. Sebatikan.
  * Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tunggu hingga menjadi bentuk doh.

  * Cara utk buat filling dia pulak : Pukul gula dan telur.
  * Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati.
  * Tekan2 doh ke dalam bekas tart/pie. Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.
  * Bakar dlm oven. Agak2 nampak macam dah kekuning orangean tuh masak la tuh! Tunggu sejuk baru potong.

**aku mkn 2bijik je..diet kunun..;))
**yg bapak besar tu utk ketua kurga aku..cikabammm ;))

 

Haku dan donia ku... Published @ 2014 by Ipietoon