09 May 2011

marble cheesecake

akibat suka menepek kat blog2 masakan...terliur la pulak dah..
angau aku terkenangkan kek nih...
sebenarnya byk lagi weting list resepi2 dlm simpanan aku...tunggu masa aje nk on :)
nak diet camno..nan hado!!!

marble cokolat cheesecake..2 hari lepas buat sempena hari ibu....tipu je..hehe...
sempena memenuhi nafsu serakah ku la kan...haha...

resepi ku ambik dr umah k.ummi homesweethome..trimas kak resepinya..
saya kopipes ye...


Marble chocolate cheesecake

Bahan A:

  • 180 gm mentega (*akak letak 190 gm)
  • 170 gm gula halus (gula kastor)
  • 3 biji telor gred A (berat kurang lebih 60g sebiji) (akak guna gred B je)
  • 20 gm serbuk koko *
  • 120 gm tepung halus *
  • 1 camca teh baking powder * (bahan * diayak bersama)

Bahan B:-

  • 250 gm cream cheese (pada suhu bilik)
  • 60 gm gula halus (gula kastor)
  • 1 camca teh esen vanila
  • 1 biji telor gred A (akak guna gred B jek)
Cara-Cara:-

  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepungsedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dengan spatula.
  5. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  6. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  7. Tuangkan separuh adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  8. Tuang pula kesemua adunan cream cheese dan ratakan.
  9. Tuangkan baki adunan coklat dan ratakan.
  10. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.
aku buat ikut sbijik2 resepi..takut tak jadi.. :)

bila makan,,tergigit pulak cheese yg best tuh...alamat ke laut la diet ko...bersepai!!!
miahaha!!!

siap potong kecik-kecik...senang gegirl nak makan...
aku termasuk sama la..hehe...
selamat mencoba pada yang sudi...yummy!!
 

Haku dan donia ku... Published @ 2014 by Ipietoon