04 July 2011

mari makan!!!

tak bestnya hujung minggu lps...mr wu keje n aku hanya bkurung je dlm umah...
nasib org blakikan keje shif,,,org cuti kita tak cuti...
apa pun...ahkak pasrahhhh :)))

bila suami keje kan,,aku suka la msk konon2 best sket la..bila suami balik tu tgk mcm dia xsabar2 nak makan,,ada rasa hepi di situ..ewah!!
nak2 kalo dia tak menyempat2 nk mkn,,mandi pun blm...
tah2 kawan tu kebulur ye tak..hehe..

so..menu hari sabtu...nasik ayam.

IMG_1195

IMG_1199

Nasi ayam madu
resepi dari ; Nadia@myresepi..tgk sini resepi asal...
mmg sedap..mcm kat kedai tu...cuba la..nanti kata aku auta plak..hehe..
maklom la..kat tekak aku nih sedap memanjang...kikikiii....

Bahan-bahan ( 2 orang )

2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang,daun sup,bawang goreng,daun salad/timun

cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong ikut suka
  2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
  3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
  4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
  5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
  6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi

okkkk...sudah melantak nasik..ku hidangkan plak kek cokelet..lama rasa tak mkn kek cokelet...ku cuba resepi nih..penah dah buat sblm nih..kena dgn jiwa harus me repeat :))

IMG_1202

IMG_1211

IMG_1216

Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com
tgk sini resepi asal...tima kasih tuan resepi ats resepi mablesssssss la sgt nih....

bahan-bahan : loyang 6-7 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran
opss..tercekik la pulak mkn byk2 nih....
ku hidangkan pulak dgn air sirap bandung soda..siap ada tips kat bwh tu..
aku pun baru tau...selalu buat air bandung je,,xde buh2 soda nih..
sesekali tjumpa umh org kawen,,bgelen ku teguk..haha..

resepi hangkut dari sini..
tq tuan resepi :))

IMG_1209

IMG_1205

Bahan2nya

600ml air
½ tin susu cair
1 tin Aiskkrim Soda F&N
6 sudu gula
Sedikit garam
Sirap Ros secukupnya
Air Batu secukupnya

Cara2nya:-
1. Masukkan kesemua bahan2 diatas kecuali Aiskrim Soda dan air batu, kacau sehingga larut. Adjust rasa manis, kaler merah, lemak dan susu cair sendiri yer bergantung tekak masing2 dan seperti yg dikehendaki.
2. Akhir sekali masukkan aiskrim soda, kacau sebati dan tarik dahulu air ini sebelum diminum bersama air batu secukupnya.Nyamannnn!!!!

TIPS: ** Jangan masukkan airkrim soda dahulu jikalau mahu dapatkan air yg sempurna, kalo DERHAKA akan jadilah air sirap bandung seperti air susu basi kerana susunya timbul n terapung**

dah habis tu aku tanya kat mr wu...

ok tak bang,,sedap tak..??
sedappp...i lap u yang...

cehh..dan2 tu jgk i lap u..
kalo grg ikan masin xde pon nak i lap u...huhu...
 

Haku dan donia ku... Published @ 2014 by Ipietoon