17 August 2011

ayam,agar2...

Assalamualaikummm.....
salam nuzul Al-quran 1432 hijrah...dah separuh ramadhan yer...
tganu cuti hari neh,,,anakanda2 n bapaknda pun tido lagi...xpe la..bagi peluang...
maknda je xbleh tido,,biasa la..cuti ke,xcuti ke, rutin ttp macam biasa..huhu..

err..dah brp mukasurat dah baca quran..dah separuh lom..hehe...

"Sesungguhnya Nabi s.a.w ada bersabda,yg bermksd: " Bacalah olehmu Quran, kerana ia akan datang pada hari kiamat memberi pertolongan kepada yang membacanya" ~ Riwayat Muslim."

meh tgk resepi 2,3,4,5 hari lepas...hehe...aku pun tak igt dah..

~~Ayam masak merah madu~~

resepi dari dayangjack...macam msk merah biasa..tapi lagi best,,,sbb buh madu kut...
bleh la try test kut2 mentua dtg kan :))

Ayam masak merah madu
resepi ; dayangjack @dapurkusayang

bahan-bahan
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng hingga 3/4 masak)
  • rempah 4 sekawan (buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan cengkih)
  • cili giling secukupnya
  • sos cili secukupnya
  • 2 keping asam gelugur
  • 4-5 sudu besar madu (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam
bahan-bahan kisar :
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali atau periuk. Tumis bahan-bahan kisar dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram dan sos cili secukupnya. Kacau rata-rata. Kemudian masukkan air secukupnya. Kacau lagi hingga mendidih.
  3. Masukkan ayam, bancuhan madu, garam dan asam gelugur. Gaulkan sebati. Akhir sekali masukkan bawang besar.
  4. Setelah ayam masak, tutupkan api. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih atau nasi tomato.

n tak lupa agar2 cokolat sbgai pncuci mulut...sedap je lalu kat anak tekak...


ku ambik resepi kat hanamemories...senyap je akk neh sjk balik dr jopon tu...
bizi bebenor gamaknya....rindu plak nk dgr dia bceloteh biar pun aku SR je kat blog dia tu...hehe...

Bahan-bahan
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
  4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.
 

Haku dan donia ku... Published @ 2014 by Ipietoon