19 May 2011

antara muffin dan cupcake....

sebenarnya lama dah aku kompius sket tentang dua2 nih...
mafin n kapkek..ada beza tak...
sekali tgk cam takde beza,,,dua2 kecik,,dua2 comel...
namun,,,ada beza rupanya...nama pun dah tak sama kan...

meh mengkaji mafin dulu.....

(from google)

Teksturnya lebih kasar dan biasanya menggunakan gula biasa dan bukannya gula halus.
adunan tidak boleh di pukul terlalu lama, cukup sekadar kaup balik hingga bergaul rata. Adunan yang di pukul lama menyebabkan banyak udara masuk dan tidak dapat mengikat adunan dan itulah yang menyebabkan ia sukar untuk kembang, malah ia akan jatuh.
Cara membakarnya pula adalah pada suhu yang lebih tinggi iaitu 180C - 200C selama 20-25 minit bergantung kepada saiz muffin. Untuk mendapat muffin yang merekah dan lembut gunakan double action baking powder dan bakar pada suhu 200C...

Mufin selalunya menggunakan cawan kertas yang tinggi agar memudahkan puncaknya terbentuk dengan elok. Manakala kek cawan lebih kecil dan diisi dalam cawan kertas yang lebih rendah.Mufin mempunyai dua kaedah membuatnya iaitu kaedah mufin (tekstur kek lebih kenyal seperti roti) dan kaedah mengkerim dimana tekstur kek lebih halus dan lembut seperti kek. Mufin selalunya tidak dihias dengan aising kerana puncaknya yang tinggi menyukarkan ia diletakkan aising.

cupcake pulak...

Kek cawan pula adalah kek kecil yang boleh mengunakan pelbagai kek asas seperti kek mentega atau kek span. Ia juga boleh dipelbagaikan perisanya seperti oren, coklat, strawberi, kopi dan sebagainya.Disamping itu kek cawan boleh dihias dengan pelbagai aising seperti aising krim mentega dan aising coklat.teksturnya lembut dan cara membakarnya juga adalah sama dengan membakar kek iaitu pada suhu 180C selama selama 20-25 minit bergantung kepada saiz cupcake.

*source ; pelbagai blog...

(from google)
lawa gile kapkek ni kan...sayang nak makan :))

 

Haku dan donia ku... Published @ 2014 by Ipietoon