09 October 2010

pantai

cuci mata duluuu...











cantik tak...ni pantai2 yg pemes kat dungun..pantai teluk lipat,pantai teluk bidara,pantai teluk gadong,pantai tanjung jara....semua pantai ni dekat2 je dgn umah aku..

walau pon tak secantik pantai california tuh,,tapi cukup cantik la kat aku yg lahir di kelilingi pokok getah n sawit ni..masa mula2 pindah dulu...tiap2 ptg mesti round2 pantai..pekena goreng pisang n abc...sgt syiok!!!

satu yg ketara,,tepi laut area tganu ni pantainya memanjang...dgn pasir putih dan halus..,,.diulangi pasir putih ye..bukan pasir kepam cam PD tuh..apatah lg bselut cam sabak bernam tu...hahaha...

bila pijak lembut terasa lembut je kat kaki..sangat best berlarian2...lg syok kalo di iringilagu tema masa tu si amelina -


sgt jakun teruja masa tu..skrg nih..urm...aku pun tak ingat dah bila last kaki ku mencemar duli masuk dlm laut tu..takde napsu dah pandang laut..muahaha!!!!

tapi kan...aku syedihhhh tbaca berita nih 2 hari lepas....

Timur: Pantai berahi Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
bhkt@bharian.com.my
2010/10/08

Teluk Bidara lokasi seks, hidu gam

DUNGUN: Pantai Teluk Bidara di sini, sememangnya tersohor dengan kedamaian, dihias pasir putih dan rimbunan pokok berlatarbelakangkan perkampungan nelayan, tetapi reputasinya tercalar dengan tindakan pasangan melakukan perbuatan tidak bermoral tidak kira siang mahupun malam.

Sejak terbinanya jambatan Kuala Dungun-Seberang Pintasan tiga tahun lalu, kampung Seberang Pintasan yang dahulunya seakan terpisah dari dunia luar mengalami perubahan drastik, termasuk pesisir pantai Teluk Bidara, berubah menjadi pantai dikunjungi ramai terutama pada setiap petang.

Arus kemodenan yang melanda turut membawa unsur kurang sihat ke kampung ini yang sebelum ini bergantung kepada bot penambang sebagai pengangkutan utama untuk ke Kuala Dungun bagi mengelak menempuh perjalanan sejauh 20 kilometer.

Penduduk, Bakar Samad, 44, berkata sebelum ini sukar melihat anak gadis ke pantai bersama teman lelaki tetapi kini keadaan jauh berubah kerana kawasan pesisir pantai menjadi medan pasangan muda mudi bercumbu-cumbuan dan melakukan perbuatan maksiat terutama ketika waktu solat Jumaat.

“Gelagat pasangan muda-mudi yang berlagak seolah pasangan sudah berkahwin menggusarkan penduduk kampung sekali gus mencemarkan nama Pantai Teluk Lipat dan Kampung Seberang Pintasan," katanya.

Anggota RELA, Amir Rosli, 39, berkata boleh dikatakan setiap kali pasukannya membuat rondaan, ada pasangan yang dicekup kerana berkelakuan tidak senonoh.

Amir berkata apa yang lebih menyedihkan kawasan pantai yang sepatutnya lengang pada waktu solat Jumaat menjadi peluang mereka melakukan perbuatan tidak bermoral.

“Sementara kawasan bukit berhampiran pantai pula menjadi markas kepada kegiatan menagih gam.

“Penagih gam yang berada di puncak bukit akan dapat melihat kedatangan pengunjung ke pantai sekali gus menjadikan lokasi puncak bukit itu sebagai tempat selamat untuk mereka melepaskan gian," katanya.

Tinjauan Edisi Timur di kawasan puncak bukit berhampiran pantai pantai itu mendapati tin dan plastik gam bersepah ditinggalkan penagih.

Amir berkata, pondok pengawal wajar dibina di puncak bukit berhampiran pantai bagi memudahkan penduduk khususnya anggota RELA membuat tinjauan bagi mengelak kawasan pantai dijadikan tempat melakukan aktiviti tidak bermoral.

apa nak jadi la...nangihnangihnangihnangih
 

Haku dan donia ku... Published @ 2014 by Ipietoon