05 July 2014
puding susu buah-buahan
nak share resepi puding yg dibuat ptg smlm..
tlajak laris plk..ank2 suka sgt...so tepek sini sng nk ulang2 buat nnt...
Resepi Puding Susu Buah-Buahan
*resepi dpt dkt fb..tuan asal xtau la sapa...
Bahan-bahan ( 1 loyang besar )
* 1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
* 2 biji telur
* 4 cawan air
* 1/2 tin susu cair
* 1 cawan gula
* 2-3 sudu besar tepung kastad
* 1 tin fruit cocktail
Cara - Cara Membuat :
1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.
Untuk kuah campurkan 300ml susu, air dari buah koktel, 2 sudu gula dan 1 sudu tepung kastad. campurkan sahaja dan disimpan di dalam peti sejuk.
15 July 2013
puding karamel tanpa telur
pencuci mulut semalam n kemarin..sekali buat terus utk 2hari..hehe..
sebenarnya tak abes..dapat 2 talam lebih..
byk kali dah buat tapi baru kali ni tergerak nak buh resepi sini...
resepi asal kat myresepi.
Bahan-bahan
Bahan A
- gula pasir 2 senduk (senduk nasi yang plastik tu je)
- sedikit air
Bahan B
- 1 paket serbuk agar-agar (10g) *serbuk
- 4 cawan air
- 2 1/2 senduk - aku kurangkan,buh 1 1/2 senduk je..
Bahan C
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard
- esen vanilla
Cara-cara membuat
1. Bahan A dijadikan keramel. Masak gula hingga cair dalam kuali panas sampai sedikit kuning, kemudian tuangkan sedikit air. Tuangkan karamel ke dalam loyang dan ketepikan.
2. Bahan C - campurkan kesemua bahan sehingga sebati
3. Bahan B - 1 paket serbuk agar-agar di masak dengan 4 cawan air hingga mendidih dan larut. Kemudian masukkan gula hingga larut.
4. Setelah bahan B siap, campurkan bahan C kedalam bahan B. Kacau hingga adunan sedikit pekat (dalam 5 minit)
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi karamel td.
6. Masukkan dalam peti sejuk untuk rasa yg lebih sedap
air je yg aku xpyah pikir sbb bab air aku ikut si kakak..dia kan puasa,tanya la nak minum air apa berbuka nanti..
ok jugak la pilihan dia..air tebu,sirap,bandung..kalo satu macam je,,,ikut pilihan aku la :))
menu berbuka puasa semalam...
05 April 2012
Puding Cocktail
hai
mood rajin aku dah dtg...nih utk ko..
pi buat cepat :))
aku ambik resepi nih dari skyblue'skitchen...
yg mana resepi asal dr majalah saji...
gi sini tgk resepi asal...
Puding Cocktail
Bhn A
6 potong swiss roll d belah dua ( yg nie i pakai choc muffins coz swiss roll lupa beli... hehehehhe )
*aku pakai swiss roll
Bhn Lapisan Pertama
1 sudu kecil agar-agar serbuk ( warna putih )
1/2 tin susu cair
1 cwn air
Sedikit pewarna merah
Bhn Lapisan Kedua
1 1/2 sudu kecil agar-agar serbuk ( warna putih )
1/2 tin susu cair
1/2 cwn gula
1 cwn air
Buah²an cocktail / buah peach
Bhn Lapisan Ketiga
1 tin susu cair
1 1/2 cwn air
1 1/2 tbs tepung kastard
1 cwn air buah²an cocktail / air buah peach
Cara2..
- Susun swiss roll dlm gelas_ketepikan.
- Satukan kesemua bhn² lapisan pertama. Masak hingga mendidih.
- Tuang d atas swiss roll tadi. Biarkan beku n sejuk.
- Satukan pula bhn² lapisan kedua. Masak hingga mendidih n tuangkan d atas lapisan pertama tadi. Masukkn buah cocktail / peach.
- Biarkan beku.
- Satu kan bhn² lapisan ketiga n masak hingga mendidih n pekat. Tuangkan d atas lapisan kedua tadi. Biarkan ia nya keras n masukkn ke dlm peti ais.
- Susun buah cocktail d atas nya semasa menghidang.
**Untuk lapis ke tiga aku tak ikut...tekak aku dah sebati dgn resepi kastad kaknoor..sedap...
1 sk esen vanila
koktel (disejatkan)
3 cawan susu cair
3 sb gula
1-2 sb susu pekat manis
1 tin buah-buahan a
2 sb tepung kastard
1 sb mentega - optional
Cara-cara :
Tuangkan adunan kastard tadi ke dalam bekas yg bersesuaian.
**tuang atas lapisan ke dua tadi...
jgn ko demok cam aku sudah..hahaha.....
17 August 2011
ayam,agar2...
- 1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng hingga 3/4 masak)
- rempah 4 sekawan (buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan cengkih)
- cili giling secukupnya
- sos cili secukupnya
- 2 keping asam gelugur
- 4-5 sudu besar madu (dibancuh dengan sedikit air)
- 1 labu bawang besar (dihiris bulat)
- 1 sudu besar sos tiram
- garam
- 10 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 2 batang serai
- Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali atau periuk. Tumis bahan-bahan kisar dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan sos tiram dan sos cili secukupnya. Kacau rata-rata. Kemudian masukkan air secukupnya. Kacau lagi hingga mendidih.
- Masukkan ayam, bancuhan madu, garam dan asam gelugur. Gaulkan sebati. Akhir sekali masukkan bawang besar.
- Setelah ayam masak, tutupkan api. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih atau nasi tomato.
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula
- 1/2 cawan susu tepung
- 1/2 sudu teh garam
- 4 1/4 cawan air
- 4 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 3 sudu besar butter
- 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
- Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
- Masukkan butter, kacau hingga pekat.
- Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
- psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.
13 August 2011
::puding jagung::
Resepi: F&N@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan ( sefamily )
* 1 cawan tepung kastad
* 1 cawan jagung manis
* 3/4 cawan gula
* 3 cawan air
* 1 1/2 cawan susu cair
Cara-cara
1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.>hasue tambah satu sudu makan marjerin setelah adunan pekat. (aku pon..)
3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.
07 August 2011
puding roti karemel...
05 August 2011
~~agar-agar lumut~~
Bahan-bahan
- 10 g agar-agar tali / serbuk
- 200g gula (kurangkan kalau x suka manis) ** next kurangkan lg gula,,150g
- 1100ml air
- 200ml santan pekat
- 1 biji telur
- Sehelai daun pandan / perisa pandan
- Secubit garam
- Pewarna hijau
- Agar-agar tali di rendam sekejap. Perah dan masak dengan air sehingga hancur.
- Masukkan gula. Bila semuanya hancur tapiskan.
- Kecilkan api. Masukkan daun pandan, pewarna hijau dan perisa pandan.
- Kacau telur dengan santan.
- Masukkan ke dalam bancuhan agar-agar tadi.
- Kacau sehingga mendidih.
- Tuang ke dalam acuan.
- Sejukkan dan dinginkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
03 August 2011
menu smlm..
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/2 cawan jus asam jawa (atau ikut rasa)
3/4 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa (@serbuk perasa)
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kisar hingga garing, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan petai dan jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan gula. Masak hingga pekat.
- Tambah udang dan bawang hiris, masak hingga udang masak dan bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan apa2 yang anda rasa sesuai...
11 July 2011
Ta-koh Sa-ku
resipi asal : Buku Masakan Thai
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
1/2 cawan sagu
1/4 cawan tepung ubi/tepung jagung ~ k.nor guna tepung jagung
3 cawan air
1/4 cawan air pandan pekat atau esen vanila ~ k.nor ganti dgn 1 sudu teh pandan paste
1 1/2 cawan gula pasir ~ k.nor guna 9 sudu besar gula (2/3 cawan)
Cara:
Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan
Masukkan sagu, air, tepung ubi/tepung jagung dan air pandan ke dalam periuk
Kacau atas api sederhana sehingga masak
Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut dan bancuhan bertukar menjadi jernih
Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan
Bahan utk Pati Santan
2 cawan santan ~ k.nor guna 1 cawan santan pekat dan 1 cawan air
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar gula pasir (K.Nor tambah td 1 sudu besar lg)
1/2 sudu teh garam
Cara:
Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api kecil sehingga masak dan pekat
Sudukan keatas Puding Sagu
Sejukkan dulu baru la dihidangkan...
20 June 2011
mee kebanjiran..puding kastard
isi ayam ~ tepulang la nak letak banyak mana
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1in halia ~ dicincang
1 sudu besar serbuk lada hitam ~ kurangkan kalau tak mau pedas
2 sudu besar sos cili/tomato
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat
daun sawi/sawi manis (pak choy ke nama, lupa) ~ nak letak kobis pun tak per
carrot
cendawan tiram ~ optional
garam dan gula secukup rasa
air panas mendidih
minyak
daun saderi
limau kasturi/limau nipis
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan serbuk lada hitam. Masak hingga garing dan masukkan isi ayam.
Masukkan sos cili/sos tomato, sos tiram dan kicap pekat. Kacau.
Masukkan udang dan air panas didih, ikut banyak mana kita nak kuah tu.
Masukkan mee dan biarkan mendidih kejap baru la dipadamkan api dan kena segera hidangkan dlm pinggan. Tabur daun saderi dan perahkan limau kasturi/nipis masa nak makan.
# nak letak serbuk pati ayam pun boleh, terpulang..
# nak letak bahan2 lain spt fishball ke, tomato buah ke, taugeh ke, boleh aje, terpulang pd cita rasa masing2..
400ml air
200ml susu segar
50 gm tepung kastard
100 gm gula
1 sudu besar agar2 serbuk
Masak agar2 serbuk bersama air sehingga agar2 hancur.
Bancuhkan susu segar bersama tepung kastard dan gula.
Masukkan bancuhan kastard ke dalam agar2 yang telah hancur tadi.
Kacau hingga pekat dan mendidih.
Angkat dan hidangkan sejuk.
08 June 2011
mee tersejat!!
bahan:
2-3 sanggul (gulung) yee mee ~ k.nor guna mee segera cintan
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :)
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis
Cara2:
Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
Masukkan 2 cawan air.
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.
24 May 2011
seperti dijangka...
Bahan-bahan :
90 g Premix Crystal Jelly perisa strawberry (cap Nona)
3 cawan susu cair
3 sb gula
1-2 sb susu pekat manis
1 tin buah-buahan koktel (disejatkan)
1 sk esen vanilla
2 sb tepung kastard
1 sb mentega - optional
Cara-cara :
Tuangkan adunan kastard tadi ke dalam bekas yg bersesuaian. Biarkan ia sejuk sebentar dan kemudian susunkan buah2an koktel tadi di atasnya. Ketepikan.
Untuk adunan jeli : Didihkan air 500 ml ke dalam periuk dan masukkan serbuk jeli tadi hingga larut. Kemudian tuangkan ke atas adunan kastard tadi.
Sejukkan terlebih dahulu
18 May 2011
puding laici...
13 January 2011
~hepi besday Abe~
hari nih jugak aku off kan dayet...no dayet2 today...sebab aku nak makan kek besday...hehee...
kek keret n puding cendol...pestaim buat,,,jadi nak tepek resepi,,,,takut lupa kan...yelah,,,kita kan makin lama makin tua...otak pun makin lama makin kurang pikapnya.... :))
4 biji telor (asingkan putih & kuning)
1 cawan minyak
150g gula halus (buh 120g)
150g gula perang (buh 120g)
2cawan carrot yang diparut
Diayak
250g tepong naik sendiri
1 sudu teh rempah cake (buh cinnamon powder)
1 sudu teh garam
100g walnut cincang
Pukul kuning telor, campur minyak, gula, carrot dan
kacau sebati dan masukkan walnut dan akhir sekali
masukkan bahan-bahan kering yang lain.
Di mangkuk lain, pukul putih telor sampai kaku dan
campurkan ke dalam adunan tadi.
Cream Cheese Frosting:
120 gm butter
250 gm cream cheese
120 gm icing sugar
pukul sebati n sapu pada kek...
PUDING CENDOL by Ogy@Tuntung15
Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )
resepi amik dari kak nor secubit garam...
- Bagi Lapisan Bawah
- 500ml air
- 180gm gula pasir
- 300ml santan pekat
- 10gm agar - agar powder
- 500gm cendol
- sedikit garam
- Bagi Lapisan Atas
- 500ml air
- 200gm gula merah
- 300ml santan pekat
- 10gm agar - agar powder
- 1 biji kuning telur
- sedikit garam
- Bagi Lapisan Bawah
- Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
- Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
- Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
- Bagi Lapisan Atas
- Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
- Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
- Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
- Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
- Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.
