24 May 2011

seperti dijangka...

awal2 lagi aku dah agak,,aku takkan menang dlm ptandingan hari tu..
yelah..dari ulasan juri kita dpt teka kan hat mana yg akn mng..
kalo depa puji lebih2 tu,,kompom la yg tu pojaan hati nya.. :))

oleh sbb aku punya xde deco sket apa pun...aku passssrahhhh je la...
aku lupa nak buh segala mcm daun2 nan kt ats pinggan tu,,biar lah deco tak berseni pun..asal kan ada...dah tu pilihan juri...rasa blkg kira...

tapi aku tak sangka dpt no3..ohhh...aku tewas pada puding laici yang keras itu....apakahhh????
dan aku tpaksa redho sbb puding bandung bau telo kuat gile tu menang...sob..sob..
pasni kowserr aku nak join mana2 dah...apatah lagi kalo geng2 mesyuarat tingkap depa yg jd juri...

aku tepekkan kat sini resepi custard jelly ku yg tewas tu..buat ingatan di kendian hari bahawasanya..aku tak bleh trima hakikat aku kalah..miahaha!!!


CUSTARD JELLY by Dayang Jack
diambil dari kaknorsecubitgaram

Bahan-bahan :
90 g Premix Crystal Jelly perisa strawberry (cap Nona)
3 cawan susu cair
3 sb gula
1-2 sb susu pekat manis
1 tin buah-buahan koktel (disejatkan)
1 sk esen vanilla
2 sb tepung kastard
1 sb mentega - optional

Cara-cara :
Satukan susu cair, gula, susu pekat, esen vanilla, tepung kastard dan mentega di dalam periuk dan masak hingga pekat.
Tuangkan adunan kastard tadi ke dalam bekas yg bersesuaian. Biarkan ia sejuk sebentar dan kemudian susunkan buah2an koktel tadi di atasnya. Ketepikan.
Untuk adunan jeli : Didihkan air 500 ml ke dalam periuk dan masukkan serbuk jeli tadi hingga larut. Kemudian tuangkan ke atas adunan kastard tadi.
Sejukkan terlebih dahulu
 

Haku dan donia ku... Published @ 2014 by Ipietoon