- CPM
Kita akan dibayar mengikut jumlah visitor atau pelawat yang datang ke blog kita. Senang cerita, berapa banyak orang tengok iklan tu, earning bagi nuffnang kita akan meningkat.
Jadi kalau nak dapat earning menerusi jenis iklan ni. Rajin-rajinkan lah cari trafik. Mesti ada caranya yang betul. Seo? Tinggalkan komen kat blog? Join gengblogger? Semua tu boleh meningkatkan trafik kita. Jadi pilihlah jalan mana satu yang korang nak pilih.
- CPC
Kita akan dibayar mengikut jumlah iklan tu diklik. Jenis iklan macam ni lah yang blogger-bloggerbaru duk gila ni.
Datang blogwalking kat blog orang pastu cari shoutbox, terus tinggal komen. Bukan nak baca entri dan komen. Sebab tu aku sorokkan shoutbox aku kat sidebar. hehe. Kalau aku pun akan cari shoutbox, tapi aku tengok dulu entri blog tu, agak-agak best, memang aku akan komen dulu sebelum klik pangkah. Bukan susah pun nak tinggal komen. Mana tau dengan sekotak komen, korang akan dapat trafik secara percuma kan?
- Main klik-klik?
Kalau korang main klik-klik pun, miss nuffnang ni bukannya orang kurang bijak yang tak pergi sekolah. Diorang pun pergi sekolah jugak, silap-silap buat master lagi. hehe. Jadi diorang boleh detect, makhluk-makhluk yang buat fraud klik ni. So kesannya, kebarangkalian untuk korang dapat kempen kat blog korang akan menurun seperti menurunnya prestasi manchester united bila main tanpa wayne rooney. hoho.
- Bila diorang dapat kesan?
Kalau diorang dah dapat kesan siapa yang buat perbuatan haram ni, diorang tak teragak-agak untuk suspend atau menggantung akaun nuffnang korang seperti yang diorang pernah buat sebelum ni. Jadi, jangan kerana ketamakkan korang, akaun dah kena suspend. Kalau korang lepas pun, duit tu boleh jadi darah daging. Bahaya kan? Seumur hidup dengan sumber rezeki dengan cara yang salah.
- Nak klik jugak?
Kalau niat korang nak klik untuk nak ambil tau pasal iklan tu, memang dibenarkan pun. Bukannya tak boleh pun. Asalkan niat korang tu betul. Setiap benda yang kita lakukan memang berdasarkan niat kita. Jadi, betulkan dulu niat korang sebelum nak klik-klik iklan ni eh.
Kesimpulan...kalo nk buat sambilan ok la...yg penting niat asal masa kita buat blog kan..aku wat blog ni pun suka2 je..merapu hal2 sekeliling,,pasal hanak2,,,pasal family..pasal masak2...pasal agenda mesyuarat tingkap....erk..???
**aku xbubuh coding sblm ni pasal aku rasa semak blog je iklan2 nih..skrg aku tpikir,,letak je la..dpt jugek seposen dua kalo ada yg sudi klik kan..:)))