Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

21 November 2009

akulah pejuang...

aku akan berjuang..berjuang..dan terus berjuang...aku akan berjuang untuk trs BERDIET!!!!..
semangat aku tgh berkobar-kobar nih..
alkisahnya...sblm2 ni aku tak brp kisah (kisah sket2 je..sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi) bila org tegur aku gemuk...sbb aku perasan aku xla gemuk sgt walhal berat aku masa tu dah..err..aku tak sggp nk tulis brp kg kt sini..cukup la sekadar ketegori obes..tu pun aku xsedar diri lg..
bila aku p kelas aerobik baru2 ni...uwawaa!!..uwaawa!!..di depan cermin kelihatan kelibat seekor dugong sedang menari2 gituh!!! nangihnangihnangih..ya Allah..gemuknya aku..nangihnangihnangih...dan menambahkan lg kesedihan aku...aku lah yg plg 'sihat' antara yg lain tu...
terus ada kesedaran..aku bertekad nk serius berdiet sampai lah target yg aku idamkan..xnak dah diet yo-yo ni.on off...aku nak kosentret...
dan aku perlukan sokongan dari semua..
pertama sekali aku berdiet sbb nak tingkatkan self-confident yg makin merudum nih..pakai baju lawa sket tak muat..stress jadinye..huhuhu...
pehtu opkos nk jaga kesihatan..aku tanak dpt penyakit masa muda2 nih..28 kira muda lg la kan..sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi...
pehtu..tentu la for my laling..dia msti la nk tgk aku mcm mula2 kenal dulu kan..kdg2 bunyi gak Mr wu aku tu bab2 nih..tapi aku slalu wat pekak je..hehee...nak ckp dia tak bagi support..sungguh la tak patut...alat2 senam kat umah aku dh leh buat mini gym..sauna lagi..rasanya byk gak dah dia melabur beli produk2 kurus tah apa2 tu...(aku minta la tu..jelirjelirjelir) dan yang terkini..antar p aerobik plak...aku rasa kalo aku guna segala kemudahan yg ada..mungkin aku akan sekurus awin or azrin..hehee...i'm sori abg..pehni zie akan berusaha bersungguh2 lagi..sila lah percaya ye..kenyitkenyitkenyit...
pehtu..aku nak tunjukkan kat mak aku kt kg tu..mak aku selalu ckp..ya Allah ja..mak tak sangko ekau buleh jadi cennia..longan kau dah bosa longan lombu dah ni..baru anak 2 dah gelebeh sanun sini..omak maso anak 2 dulu pinggang 24inci lagi...
adeihh..sungguh panas telinga nk tahan ungkapan2 sadis tuh!!!...mak..an ni gomok ajo..bukan kono penyakit kronik!!!...kadang2 aku nak jawab aje..ayah tu xbagi mak cukup makan..hehee...
jadi target aku hingga hjg thn ni nk bmi bwh 30..bawah 30 tu kira gemuk lg..tapi bukan kategori obes dh..xpe la..slow2..jnji turun..journey of a thousand steps begins with one small step..insyallah...
aku ada letak ticker n cttn perjalanan diet aku kt sblh ni..pada kengkawan..slalu lah igt kan aku nak hapdet kat situ ye...at least,,semangat sket aku bila tgk cttn tu...
wish me luck k....akulah pejuang...peacepeacepeace..

08 October 2009

aku yang obess..

waa..sungguh berat tajuk kali nih...
dalam keOBESan ini aku merenung..xsangka tul aku akn jd mcm ni.. sedihsedihsedih...
ni lah hasil nye slama 4thn aku kawin..selain 2 ank..aku dpt mternak lemak2 tepu dgn jayanya..hahaa!!..
dulu2 aku bukan la kurus pon..sedang2 aje..aku makan bagai nak rak jgk dulu..tapi masa tu maybe aku bekerja..byk bgerak..xsempat lemak2 nk mnempel...mkn pun xmnentu..sempat makan..makan.xsmpt xde la mkn...
tapi skrg...aku sungguh rendang (bukan rendang cocah lomang tu yo) spt pokok ketapang!!!nangihnangih..
now..gemuk adalah satu penyakit and mmg xleh dibiarkan...no matter how i'm hepi,it's not healthy to be overweight..senang dpt penyakit woo!!!..so whether i like it or not,,i must try to reduce my weight for my own health reason..masalah ehh..jeng..jeng..jeng..kat sini la aku slalu failed...kesedaran dan keinsafan sudah cukup menebal dah tapi..kesungguhan yilekk!!!!jelirjelirjelir...plg lama pon aku berdiet 1mggu jer..pil2 mngarut tuk kurus..alat2 senam..suma xjln kat aku..ada yg jdk gajah putih dlm stor..
tapi smlm...aku trasa nak diet smula.aku jumpa sorang kakak tu..bg aku dia kurus dah tapi dia sggp berdiet smata2 nak slim mcm anak dara dulu..wow!!tabik spring tul..petua dia sng aje..jgn mkn nasik...aku rasa sggh mustahil sbb mak aku dh ajar mkn nasik sjk aku kck lgk...tak baik tau xikut ckp mak..hahaa!!!...
eh,tapi series nih..aku nak diet btl2 ni..harap2 aku bjaya kali nih..

03 July 2009

nasyid pilihannn...

di hari jumaat yang mulia ni meh la kita dgr lagu ni yeee...semoga kita semua diberi petunjuk dan kesabaran dalam mengharungi liku hidup ini.....




Hadis Anas bin Malik R.A, katanya : Bersabda Rasullullah SAW, yang mengikuti mayat itu ke kubur tiga perkara. Dua diantaranya kembali pulang. Hanya satu yang tetap bersamanya. Yang kembali itu ialah keluarga dan hartanya sedangkan yang tetap bersamanya itu amalannya....

26 June 2009

rejab dtg lagi...




hari ni 3 rejab dh..sblm2 tu aku berazam akn pose stat dr 1 rejab..ops..pose rejab aka ganti pose thn lepas..huhuu...poblemnye..aku xpose waima (adeih) 1 hr pun...aku xdgr lgsg alarm handphone aku..padahal volume handpon aku lbh kurang sama dh volume speker masjid...adakah cuping tinge aku telah ditutup oleh syaitan2 yg mlarg aku dr melakukan ibadah itu???...atau bapak kemalasan tlh menyelubungi aku????...urmm...jadi,,mcm biasa aku bertekad utk mulakan ESOK..come on jie..come on..ni btl2 nih..moga2 berjaya laa..

**semoga bulan Rejab ini menjadi satu pemangkin perubahan sikap kita.aminnn....**

27 May 2009

sbagai ingatan....

Just saw this… which touched my heart…so, rasanya worth sharing with you all


" Aslina, sudah berapa tahun awak berkahwin, " tanya Sybil, guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina.

"Emm..sudah masuk tahun ketujuh, kenapa ? " Saya menjawab dan berbalas tanya pula.
"Awak hati-hati. Biasanya, ramai pasangan yang berpisah pada usia keenam dan ketujuh perkahwinan mereka." Katanya sinis tanda mengusik.
"Alamak Sybil, cuba awak rasa mulut awak, "saran saya tiba-tiba.
"Why?"Sybil tertanya-tanya.
"Kalau masin mulut awak tu, susahlah saya." Sybil menyambut dengan ketawa. Gurauan ada kalanya tersirat kebenaran. Berapa ramai pasangan suami isteri
hari ini yang bercerai di usia perkahwinan yang masih muda. Mereka menyatakan semuanya Takdir Tuhan, berpisah lantaran tiada lagi persefahaman. Ikatan suci yang bermula dengan kasih dan cinta, berakhir dengan sengketa dan buruk sangka.

SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang. "Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi
masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama
arwah Mak. Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan
pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka: 1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah 2. Kamu kufurkan kebaikan suami.' Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG

“ Awak beruntung ye Ina, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.
" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini. "


***email dr kwn aku...elok la kita baca n praktikkannye yeee..***

 

Haku dan donia ku... Published @ 2014 by Ipietoon