Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

23 February 2012

ciken cop simple

Assalamualaikum...

menu lunch semalam...ciken cop dongan nasik putih...hehe...
dolu2,,aku pernah buat ciken cop ni,,,siap dgn set2 nya sekali..coleslow,fries,,,kentang lenyek tuh...
abis je makan terus mr wu ajak aku keluar pi kedai makan...xpuas katanya..nak nasik jugak...
so,,kali ni aku belajar dr pengalaman la..hehehe....
dah tekak melayu totok tu kan...nak nasik jugak camna pun :)))


ciken chop aku yg simple aje...tapi aku nak tepek resepi sbb rasa mcm sedap la pulak..hehe..

resepi aku ambik dari myresepi..tgk sini . tq tuan resepi....

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • *UNTUK DIPERAP*
  • 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 cm halia (cincang)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos Lee & Perrins *ni aku xletak
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • garam secukup rasa
  • *SOS BLACK PEPPER*
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 3-4 cendawan butang (cincang)
  • 1/2 biji bawang besar (cincang)
  • garam/gula secukup rasa

Cara-cara

  1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
  2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
  3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
  4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
  5. tapi kalo rase tak cukup je soLinks marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
  6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa. OK?



sos pulak aku ikut resepi k hana...pun sodap jugak...tq resepi kak...

Bahan-bahan
  • 11/2 cawan stok ayam@daging - hana gune stok ayam (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar - nk kurangkn pon bleh!
  • 4-5 sudu serbuk lada hitam
  • 2cm btg salery - cincang
  • 1/2 biji bwg besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 1/2 tin cendawan butang - dhiris
  • 2 sudu besar tpg gandum - bancuh ngan air
  • garam dan gula - jika perlu
Cara-cara
  • panaskan stok ayam, susu segar, bawang n juga btg salery. didihkan.
  • kemudian tapis. buang bwg n juga salery. klu tk nk tapis pon takpe! didihkan smula.. masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
  • last skali masukkan bancuhan tpg gandum utk mendptkan kepekatan yg dkehendaki.

22 September 2011

nasik mandy xbrp jadi...

Assalamualaikum....

menu minggu lps..try buat nasi mandy...
kat kedai panjang2 nasik nya...aku punya kontot2 je..padahal guna beras basmathi gak..
rasanya tlebih air kut...


Nasi Mandhi
Sumber;Blog Resepiraidah
tapi aku ambik kat dapur mamasya : tgk sini resepi asal...tqq ye tuan resepi..

Bahan
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning- guna 1 sk kunyit campur dgn sikit air
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Nota dapur Mamasya
*tak buat langkah 3 ni .utk dptkan nasi 2 warna gini jgn kacau rata2 sgt nasi.nak nasi masak elok yg biasa buat bila masak nasi minyak dll, bila nasi kering tutup nasi dgn aluminium foil yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk....jadi nasi masak elok sbb wap nasi terperangkap.

*** aku pon xbuat langkah 3 tu...

dan xlupa ayam bakarnya...
kalo sblm nih ayam2 ku agak rentung di dlm oven..kini tak lagi..
pasal aku dah tau caranya....iaitu....balut dgn foil loyang ayam tu..hehe...
punya lah tak tpikir sblm nih...
patut la aku kagum giler tgk ciken rosted diorg cantik je..berbalut ropanya :)))
ayam aku duk ajelah tkangkang dlm oven tu..kdg2 dah rentung tp xmsk lg kat dlmnya..
yang nih boleh tanggal lg tulang2 tu...
tima kasih byk2 pada dapur mamasya ats tip bguna nih :)))


Ayam Bakar Nasi Mandhi
Sumber asal ;Blog Resepiraidah

Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih - potong 4
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar - letak 1 sk
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )-letak rempah kari
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

nota dapur mamasya
** bakar suhu 250'c selama 50 min,buka alumium foil.. balikkan ayam bakar menu grill selama 15-20 minit..balikkan lagi ayam masak api grill 15-20 min.


part pebret,,sape ye...kalo org lain ambik mmg bising la dia tu..teeeettt!!!!

17 August 2011

ayam,agar2...

Assalamualaikummm.....
salam nuzul Al-quran 1432 hijrah...dah separuh ramadhan yer...
tganu cuti hari neh,,,anakanda2 n bapaknda pun tido lagi...xpe la..bagi peluang...
maknda je xbleh tido,,biasa la..cuti ke,xcuti ke, rutin ttp macam biasa..huhu..

err..dah brp mukasurat dah baca quran..dah separuh lom..hehe...

"Sesungguhnya Nabi s.a.w ada bersabda,yg bermksd: " Bacalah olehmu Quran, kerana ia akan datang pada hari kiamat memberi pertolongan kepada yang membacanya" ~ Riwayat Muslim."

meh tgk resepi 2,3,4,5 hari lepas...hehe...aku pun tak igt dah..

~~Ayam masak merah madu~~

resepi dari dayangjack...macam msk merah biasa..tapi lagi best,,,sbb buh madu kut...
bleh la try test kut2 mentua dtg kan :))

Ayam masak merah madu
resepi ; dayangjack @dapurkusayang

bahan-bahan
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng hingga 3/4 masak)
  • rempah 4 sekawan (buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan cengkih)
  • cili giling secukupnya
  • sos cili secukupnya
  • 2 keping asam gelugur
  • 4-5 sudu besar madu (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam
bahan-bahan kisar :
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali atau periuk. Tumis bahan-bahan kisar dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram dan sos cili secukupnya. Kacau rata-rata. Kemudian masukkan air secukupnya. Kacau lagi hingga mendidih.
  3. Masukkan ayam, bancuhan madu, garam dan asam gelugur. Gaulkan sebati. Akhir sekali masukkan bawang besar.
  4. Setelah ayam masak, tutupkan api. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih atau nasi tomato.

n tak lupa agar2 cokolat sbgai pncuci mulut...sedap je lalu kat anak tekak...


ku ambik resepi kat hanamemories...senyap je akk neh sjk balik dr jopon tu...
bizi bebenor gamaknya....rindu plak nk dgr dia bceloteh biar pun aku SR je kat blog dia tu...hehe...

Bahan-bahan
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
  4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

10 June 2011

ayam masak merah..

menu 2 hari lepas...
ayam masak merah..walaupon dah 4ribu kali buat dlm idop,aku tepek gak resepi...
utk tatapan hanak2 menantu ku nanti...
yg ni resepi pebret mak ok..nanti dah tua sok2,,korang masakan mak ayam masak merah resepi nih...lain2 mak xsuka..jgn derhaka..kang mak sumpah ko jd ipad!!

Ayam Masak Merah Istimewa
Sumber: Buku Resipi Selera Perantau


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
Sedikit lengkuas
5 ulas bawang putih
Sedikit asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
3 batang serai
10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar
1 sm halia
½ tin tomato puri
2 camca kecil jintan manis, digiling
2 camca kecil jintan putih, digiling
Sedikit cili kering
Cara:
Ayam dipotong sesuka hati kemudian digaulkan dengan sedikit garam dan goreng hingga separuh masak.

Serai, lengkuas, halia, bawang merah dan bawang putih digiling hingga halus kemudian campurkan dengan bahan giling tadi.

Panaskan minyak bekas menggoreng ayam tadi dan tumislah bahan-bahan yang telah digiling tadi.

Setelah itu masukkan tomato puri, gula, garam dan air asam jawa sambil dikacau hingga rata.

Bila telah agak garing sedikit masukkan ayam sambil digaulkan hingga rata. Kemudian bila telah cukup pekat bolehlah diangkat.

04 June 2010

sawadikappppp....

hahaa..tajuk xhengat kannn...bukan la aku nak gi thailand ke ye..tapi hari nih menu lunch aku semuanya kethailand an..hari ni kwn aku dtg umah..puas aku pikir nk masak apa..last2..menu negara jiran jd pilihan aku..ohh..kawan aku tu bukan org thai ye..org kuala berang je..hehe..
oleh sbb bulan pose tinggal brp bulan je lg...pehni aku nk tepek resepi yg bg aku boleh la untuk dibuat lg..kira sedap la..buleh jd rujukan aku..rujukan anak2 dara aku..n rujukan menantu pompuan aku..(makluman...aku xde ank lelaki ye..sdg diushakan..hihiihi...)lg pun masa bulan pose,,web2/blog2 masakan yg glemer jem gile..lmbt nk bukak..oleh sbb blog aku tak glemer,,aku rasa xde masalah nk bukak nnti kan.. :)) aku tepek kat sini..mana tau ada kwn2 yg bkenan plak... :)

Tom-kha Kai
(ayam pedas dan sup santan lengkuas)
bahan-bahan
200 fillet ayam,2cwn santan,1cwn air,1/2cwn lengkuas muda dihiris nipis,3helai daun limau purut diracik kecil,2btg serai,21/2 sudu besar sos ikan,2sudu bsr air limau nipis,5-6 tangkai cili padi tumbuk pecah,daun ketumbar.
cara memasak
buh santan dgn air,masuk lengkuas,serai,dan daun limau purut.bila mdidih buh ayam.agak2 dh masak buh sos ikan.tutup api.masukkan air limau,cili n daun ketumbar.siap...

Nam-prik Khai Tom
(Cecahan telur rebus)
bahan-bahan
2bijik telo rebus,5-6 tangkai cili hijau dan merah,2sudu besar udang kering yg dicincang kasar,5 ulas bawang merah dihiris nipis,2sudu bsr sos ikan,2sudu bsr air limau nipis,2sudu teh gula pasir.
cara memasak
layur cili,buang kulit dan biji.carikkan.campur air limau,sos ikan,gula.ejas ikut rasa.masukkan cili,udang kering dan bwg putih.tuang atas telur rebus.siap...
*nota aku;udang kering sangai n tumbuk..
kurang kan bwng putih.

Tao-hoo Song-krueng
(tauhu dengan udang dan sayuran)
bahan-bahan
2tiub tauhu putih,8-10ekor udang sdrhana,2uls bwg putih dihiris nipis,2sudu besar kicap,1/2 sudu teh garam,2sudu teh gula pasir,1/2sudu teh serbuk lada hitam,1/2cwn stok ayam,4sudu tepung jagung dibancuh ,1/2cwn tepung serbaguna utk salut tauhu,sayuran ikut suka...
cara memasak
salut tauhu dlm tepung,grg sampai perang.ketepikan.tumis bwg putih,masukkan udang,diikuti sayuran.buh stok ayam n kacau shgga masak.buh kicap,garam,gula,serbuk lada hitam.bila mendidh masuk pes tepung jagung.tuang atas tauhu tadi..siap...
*nota aku;terus goreng tauhu lps disalut tepung
buh pes tepung jagung sket je,,xmau pekat sgt...

semua resepi aku ambik dlm buku ni..pnjam kat library..byk lg resepi2 yg aku bkonan..tgk mcm senang aje..mcm biasa,,aku suke2 je ubah resepi..ikut kesesuaian tekak..xde la skema ikut 100% resepi..aku suka resepi yg ringkas2 je..msk pun ringkas2..kalo byk bahan2 tu rasa tak berbaloi mkn 3org..baik beli je..hehe..
yg 3 aku buat ni ok la..kawan aku ckp sedap,,mr wu pun ckp sedap..jadi kompom sedap la tu kan..hikhikhik...
 

Haku dan donia ku... Published @ 2014 by Ipietoon