05 October 2013

orkid..berbunga lagi..

Assalam..

wah..wah..riang beno la hati tgk orkid berbunga lagi...orkid ke dua dlm jagaan ku..
walau pun bukan cinta mati sama orkid tapi sayang jugak aku dgn orkid sepokok dua tuh..
kang mil aku tanya n jwb apa kan..yelaa..dia yg bagi..kecik plak hati dia kalo aku jwb dah mati kan..hahahhh....



cantikkan,,sekali keluar 3 tangkai lagi..bila tgk lama2 rasa mcm nak jatuh cinta dgn orkid la..huhu..
sebenarnya aku ada jugak beberapa pasu lg,,yg aku beli sendiri..tu pun xsengaja..
niat sebenar nak carik rose tp ada satu nursery tu takmo dah jual orkid..mksd aku stok lama kut,,dah malas nak jaga..nak mati je aku tgk..aku saja tanya brp kalo aku nak beli..dia ckp amik la 2 ringgit..
se tahu aku orkid kan mahal,,plg murah pn orkid biasa kat pasar 6 ringgit..
aku pun ambik aje la..
ni la 5 pasu orkid yang aku beli tu..nampak mcm lambat je lagi nak kua bunga...


yang 2 ni pulak aku bwk dr kg...mak aku xde masa dh dgn bunga2 ni,,byk dh mati..
jd aku bwk la blk yg ni jd ank angkat..hehe..sblm dia mati kan...
tu kesan makan dek kambing..kambing moden mmg makan orkid eh??

ok la,,tu je cite orkid2 aku..2x draft nih,,bosan cite psl orkid..hahahhh...

17 September 2013

Snow Cheese cake

Assalamualaikum..

resepi kek 2hari lepas..percubaan pertama...alhamdulillah,,laku dan disukai oleh seisi rumah...
mungkin rasa dabel cheese tu kut..tapi agak kurang diselera ku..
setakat ni aku lagi suka cotton japanese cheese cake..lembut je masuk mulut...
apa pun,,blh lg buat masa akan dtg..anak2 suka,,suami pun suka..janji habis...


cantik tak rerama ats kek tu..cute kan..hehe...pas makan aku simpan balik...nanti nak buh atas kek lain pulak..hihihi...

resepi aku ambik dari kaknorsecubit garam...tq kak..

KEK CHEESE BERSALJI
resepi : Sherry mz@MyR
sumber: Kzai@Teratakimpian
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
UNTUK KEK:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) ~ k.nor guna tpg gandum biasa
##aku pun guna tpg gandum biasa...
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)
##aku buh 1/2 cwn je..

UTK TOPPING:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.


Selamat mencuba,,selamat menggemuk..hahah..

28 August 2013

tomato

Assalamualaikum...

selamat hari raya semua,,walaupun dah hujung2 raya,,,hehe...
pasal raya lenkali aku update..
hari ni nak cerita bab tomato..

dengan bangganya mengistiharkan aku telah lulus menanam tomato..hehe..
ko?ko? dan ko?
xpenah tanam?? xpe la..bape sen sgt kan tomato sebijik tu...aku tanam pun suka2 aje :))
pasni pun aku takmo dah tanam apa2..tunggu la pagar rumah aku siap..
buat sakit hati je pokok2 kena sebat dek kambing..huhu...

so,nilah tomato aku....

anak tomato..





bila aku post kat fb ramai la pulak kwn2 aku bertanya..napa pulak tomato aku tak bulat..lonjong aje..
ada yg ckp tak cukup zat lah..tak penah nampak lah..haihhh..sentap mak..hehe..
setelah digugel,,hampir ada 7500 jenis tomato...hambikkkk...
dan yg aku tanam ni seakan-akan grape tomato...
nak kata cherry tomato agak besar pulak..dan aku tgk kat label benih ni berasal dari Taiwan..
memang la diorang tak penah tgk kan..obersea beb..obersea..
aku tanam yg bren obersea aje..xmen local2 oke..hihihi...

dah,,habih cite bab tomato...sekian :))

19 July 2013

aku dah tembikai :part II

ASsalamualaikum..

sambung lagi cerita tembikai...
alkisah,,tembikai aku hidup subur dan membesar bagai johan..berbunga-bunga hati ni,,
xsabar nak rasa tembikai yang aku tanam sendiri...


kecik je buahnya..

tapi,,,macam biasa la,,kisah sedih di tengah2..ptg semalam bila aku nk siram tgk2 dah layu daun2 tembikai ni..lepas buat CSI,,,aku dapati ayam jiran punya angkara,,habis lembik2 pangkal pokok tu dikais-kais...hamjad betul !!
tinggal lagi 2pohon yg segar nampaknya,,ada jugak nampak bunga n putik2 baru..harap2 selamat la yang ni...
aku kutip jgk la buah tembikai yang terencat ni,,nak jgk potong tgk isi merah ke kuning...sbb campur2 masa semai dulu..alih2 anak aku xbagi pulak..boleh buat mainan lagi..
pagi tadi jenuh aku mencarik nak potong,tengok-tengok......

alahaiii...siap bawak tido lagi..
xsampai hati pulak nak ambik :D

15 July 2013

puding karamel tanpa telur

Assalamualaikum..

pencuci mulut semalam n kemarin..sekali buat terus utk 2hari..hehe..
sebenarnya tak abes..dapat 2 talam lebih..
byk kali dah buat tapi baru kali ni tergerak nak buh resepi sini...

resepi asal kat myresepi.






Bahan-bahan

Bahan A
- gula pasir 2 senduk (senduk nasi yang plastik tu je)
- sedikit air

Bahan B
- 1 paket serbuk agar-agar (10g) *serbuk
- 4 cawan air
- 2 1/2 senduk - aku kurangkan,buh 1 1/2 senduk je..

Bahan C
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard
- esen vanilla

Cara-cara membuat
1. Bahan A dijadikan keramel. Masak gula hingga cair dalam kuali panas sampai sedikit kuning, kemudian tuangkan sedikit air. Tuangkan karamel ke dalam loyang dan ketepikan.
2. Bahan C - campurkan kesemua bahan sehingga sebati
3. Bahan B - 1 paket serbuk agar-agar di masak dengan 4 cawan air hingga mendidih dan larut. Kemudian masukkan gula hingga larut.
4. Setelah bahan B siap, campurkan bahan C kedalam bahan B. Kacau hingga adunan sedikit pekat (dalam 5 minit)
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi karamel td.
6. Masukkan dalam peti sejuk untuk rasa yg lebih sedap


hari ni nak buat apa plak ehhh..blur aku...pagi2 lg dah menggugel apa menu berbuka..
air je yg aku xpyah pikir sbb bab air aku ikut si kakak..dia kan puasa,tanya la nak minum air apa berbuka nanti..
ok jugak la pilihan dia..air tebu,sirap,bandung..kalo satu macam je,,,ikut pilihan aku la :))

menu berbuka puasa semalam...


mee goreng..
si kakak request..

singgang ikan tenggiri..
merangkap lauk sahur juga..
cik abg fav..boleh dah nak jd org tganu celop katanya..hehe..
dulu rasa air paya kuah singgang aku..haha...

sambal belacan buh mangga muda..
alhamdulillah,,kenyang...paling penting tidak membazir..
 

Haku dan donia ku... Published @ 2014 by Ipietoon