17 September 2013

Snow Cheese cake

Assalamualaikum..

resepi kek 2hari lepas..percubaan pertama...alhamdulillah,,laku dan disukai oleh seisi rumah...
mungkin rasa dabel cheese tu kut..tapi agak kurang diselera ku..
setakat ni aku lagi suka cotton japanese cheese cake..lembut je masuk mulut...
apa pun,,blh lg buat masa akan dtg..anak2 suka,,suami pun suka..janji habis...


cantik tak rerama ats kek tu..cute kan..hehe...pas makan aku simpan balik...nanti nak buh atas kek lain pulak..hihihi...

resepi aku ambik dari kaknorsecubit garam...tq kak..

KEK CHEESE BERSALJI
resepi : Sherry mz@MyR
sumber: Kzai@Teratakimpian
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
UNTUK KEK:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) ~ k.nor guna tpg gandum biasa
##aku pun guna tpg gandum biasa...
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)
##aku buh 1/2 cwn je..

UTK TOPPING:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.


Selamat mencuba,,selamat menggemuk..hahah..

28 August 2013

tomato

Assalamualaikum...

selamat hari raya semua,,walaupun dah hujung2 raya,,,hehe...
pasal raya lenkali aku update..
hari ni nak cerita bab tomato..

dengan bangganya mengistiharkan aku telah lulus menanam tomato..hehe..
ko?ko? dan ko?
xpenah tanam?? xpe la..bape sen sgt kan tomato sebijik tu...aku tanam pun suka2 aje :))
pasni pun aku takmo dah tanam apa2..tunggu la pagar rumah aku siap..
buat sakit hati je pokok2 kena sebat dek kambing..huhu...

so,nilah tomato aku....

anak tomato..





bila aku post kat fb ramai la pulak kwn2 aku bertanya..napa pulak tomato aku tak bulat..lonjong aje..
ada yg ckp tak cukup zat lah..tak penah nampak lah..haihhh..sentap mak..hehe..
setelah digugel,,hampir ada 7500 jenis tomato...hambikkkk...
dan yg aku tanam ni seakan-akan grape tomato...
nak kata cherry tomato agak besar pulak..dan aku tgk kat label benih ni berasal dari Taiwan..
memang la diorang tak penah tgk kan..obersea beb..obersea..
aku tanam yg bren obersea aje..xmen local2 oke..hihihi...

dah,,habih cite bab tomato...sekian :))

19 July 2013

aku dah tembikai :part II

ASsalamualaikum..

sambung lagi cerita tembikai...
alkisah,,tembikai aku hidup subur dan membesar bagai johan..berbunga-bunga hati ni,,
xsabar nak rasa tembikai yang aku tanam sendiri...


kecik je buahnya..

tapi,,,macam biasa la,,kisah sedih di tengah2..ptg semalam bila aku nk siram tgk2 dah layu daun2 tembikai ni..lepas buat CSI,,,aku dapati ayam jiran punya angkara,,habis lembik2 pangkal pokok tu dikais-kais...hamjad betul !!
tinggal lagi 2pohon yg segar nampaknya,,ada jugak nampak bunga n putik2 baru..harap2 selamat la yang ni...
aku kutip jgk la buah tembikai yang terencat ni,,nak jgk potong tgk isi merah ke kuning...sbb campur2 masa semai dulu..alih2 anak aku xbagi pulak..boleh buat mainan lagi..
pagi tadi jenuh aku mencarik nak potong,tengok-tengok......

alahaiii...siap bawak tido lagi..
xsampai hati pulak nak ambik :D

15 July 2013

puding karamel tanpa telur

Assalamualaikum..

pencuci mulut semalam n kemarin..sekali buat terus utk 2hari..hehe..
sebenarnya tak abes..dapat 2 talam lebih..
byk kali dah buat tapi baru kali ni tergerak nak buh resepi sini...

resepi asal kat myresepi.






Bahan-bahan

Bahan A
- gula pasir 2 senduk (senduk nasi yang plastik tu je)
- sedikit air

Bahan B
- 1 paket serbuk agar-agar (10g) *serbuk
- 4 cawan air
- 2 1/2 senduk - aku kurangkan,buh 1 1/2 senduk je..

Bahan C
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard
- esen vanilla

Cara-cara membuat
1. Bahan A dijadikan keramel. Masak gula hingga cair dalam kuali panas sampai sedikit kuning, kemudian tuangkan sedikit air. Tuangkan karamel ke dalam loyang dan ketepikan.
2. Bahan C - campurkan kesemua bahan sehingga sebati
3. Bahan B - 1 paket serbuk agar-agar di masak dengan 4 cawan air hingga mendidih dan larut. Kemudian masukkan gula hingga larut.
4. Setelah bahan B siap, campurkan bahan C kedalam bahan B. Kacau hingga adunan sedikit pekat (dalam 5 minit)
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi karamel td.
6. Masukkan dalam peti sejuk untuk rasa yg lebih sedap


hari ni nak buat apa plak ehhh..blur aku...pagi2 lg dah menggugel apa menu berbuka..
air je yg aku xpyah pikir sbb bab air aku ikut si kakak..dia kan puasa,tanya la nak minum air apa berbuka nanti..
ok jugak la pilihan dia..air tebu,sirap,bandung..kalo satu macam je,,,ikut pilihan aku la :))

menu berbuka puasa semalam...


mee goreng..
si kakak request..

singgang ikan tenggiri..
merangkap lauk sahur juga..
cik abg fav..boleh dah nak jd org tganu celop katanya..hehe..
dulu rasa air paya kuah singgang aku..haha...

sambal belacan buh mangga muda..
alhamdulillah,,kenyang...paling penting tidak membazir..

13 July 2013

4 ramadhan 2013

alhamdulillah..hari ke 4 puasa hari ni..
tahun ni tahun pertama anakanda sulong berpuasa..
dah 6 tahun kan..tahun lepas puasa juga tapi main2 je la..sekerat hari je..
jadi tahun ni aku harap kalo tak sampai berbuka pun,biar la sampai petang2 sket..

tapi..hari ni pun merupakan hari ke 4 dia berpuasa..setakat ni nampak ok je lg..
bangun bersahur sama-sama dgn ku..dan berbuka pun sama-sama :)
dgn si ayah tak pernah lg sebab ayah keje malam je..mungkin petang ni dpt berbuka bersama-sama sekeluarga..
aku sebenarnya takde la mengharap sangat dia puasa mcm kita2 ni,,ada je nasik stenbai dlm piuk tu..
kalo merengek2 aku suruh je makan..nampak kuat je semangat dia nak puasa..rasanya kat sekolah la dia rasa tercabar sket..kwn2 sebaya dengan nya sorang pun tak puasa..tp cikgunya pandai psiko dia..
ckp dia murid baik la,,murid contoh la..kembang la kawan tu kannn :))
balik sekolah tido,tgk tv,main tab..cuma dekat nak berbuka la dia macam lemah dah,,asik tanya je lambat lagi ke nak berbuka..
aku senang je,,xtahan pi minum/makan..nak2 mmg cepat masak sbb suami kena pergi kerja awal bulan puasa ni..taknak pulak dia..aku tak kisah pun..aku kan mak yg sporting..hehe...
belum sampai masanya nak bertegas sangat..

si adik pulak (zahra) memang xpose la..baru 4thn lebih..pukul 9 mintak nasik dah...tgh hari mkn lg..
petang2 dia la melantak dulu kuih2 berbuka puasa,,cesss betul...time ni aku suruh si kakak duduk je dlm bilik..takut iman nya rapuh tgk adik makan kuih..haha..

tengok aje lah sampai bila si kakak bertahan...
 

Haku dan donia ku... Published @ 2014 by Ipietoon