21 March 2012

cheese chocolate cake

assalamualaikummmm....

kek ni aku buat kurun ke 14 yg lepas..hehe..tingin sgt nk mkn kek yg rasa agak2 bleh pejam mata bila nak makan :)
sbb sedap sgt la tu..hihi...



~~Cheese Chocolate Cake~~
nahh..ni lah gupenya...patutnya ada base kat bwh tu tapi aku kurang suka..
so aku trs aje buat adunan cheese...

resepi dari Damnmachine@myresepi..tgk sini resepi asal...
mmg sedap la,,ramai yg ckp ala2 kek Sr..entah la,,aku tak penah beli kek ni kat sr..
bg aku manis sket,,next time kurangkan gula sket....
tq tuan resepi,,sy nk kopipes resepi neh :))


Bahan-bahan ( 18cm )

Lapis Bawah:
120gm biskut tiger (hancurkan..klu nk gune biskut lain pon boleh..ikut citarasa sndiri)
70gm unsalt butter (dicairkan)

Lapis Atas:
250gm cream cheese (lembutkan)
120gm gula kastor
2 keping biskut tiger (hancurkan..klu nk tambah lagi boleh..tp jgn byk sgt plak)
150gm whipping cream
1 ½ tbsp gelatine
80ml full cream milk

Chocolate mousse:
250gm whip cream
1 tbsp vanilla essence
1 sb serbuk gelatine (cmpur dgn 6 tbsp air panas)
50gm serbuk koko + 80 gm gula icing
1 sb nescafe + 1 ½ sb air panas (klu nk lagi pahit tmbh ½ sb lgi..tp yg ni pon da pahit)
Tmbh susu pekat sket (kalu adunan rasa pahit)

Chocolate ganache:
35gm serbuk koko
50gm gula kastor
150gm whipping cream
80gm chocolate masak
30gm mentega
Cara-cara

Lapisan bawah:

Hancurkan biskut tiger. Kemudian, campur dengan butter yang tlah dicairkan. Tekan rata dalam pan (18cm) yang boleh buka tepi. Masuk dalam peti sejuk.

Lapisan atas:
Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga licin. Masukkan bahan lain pukul sebati (biskut tiger yg tlah dihancurkan, whipping cream)
Campurkan gelatin & full cream milk and masak sehingga cair. Tuangkan milk & gelatine ke dalam adunan cheese td. Kemudian tuang ke atas biskut tiger yang disejukkan td. Masuk dlm peti sejuk sehingga cheese tu agak2 sudah keras (lbh kurang 2jam)

Chocolate mousse:
Pukul whip cream dan masukkan semua bahan utk mousse. Kalau adunan rase pahit, tmbh susu pekat sket je. Kemudian tuangkan ke atas lapisan cheese yang sudah keras tu dan masuk ke dalam peti sejuk semula utk keraskan chocolate mousse

Chocolate ganache:
Masukkan semua bahan dlm mangkuk/periuk dan masak cara double boil. Masak sehingga ganache pekat. Sejukkan dulu sebelum di tuang ke atas chocolate mousse yang dah keras. Masuk dalam peti ais semula. Bila agak2 chocolate ganache da keras, boleh la dihidangkan.
Biarkan cake betul2 keras kalau tak cair. Lagi satu, saya dah buat cake ni dan rase agak manis sedikit. So kalau sape yang xsuke manis2, boleh kurangkan sket sukatan gula. Selamat mencuba!

*note: sape yg rase nk mkn cake ni mcm ice cream ley bekukan dlm freezer..n sape yg nk cake ni sejuk biase..boley la letakkan cake ni dlm peti ais biase(bkn freezer)..tp kene biarkan atleast 8hrs or lagi baik semalaman untuk dptkan cake yg ok..

*note: klu cake ni dibekukan dlm freezer..lama kelamaan cake ni akan cair sedikit..bak kate chef bile cheese beku jadi ais..nnti bile kluar dr freezer, ais tu akan cair..so smpan dlm peti ais biase mayb boley menyelamat keadaan mcm ni..hehehe..harap2 petua ni boleh membantu anda semua..=)


sangat sesuai utk terus mdemokkan diri..haha..



sememeh je kek aku...malu :D

15 March 2012

kek pandan layer...

Assalamualaikum...

first time buat kek ni...
resepi ambik kat myresepi...resepi pakcikmatgebu..tq cikmat..
tgk sini resepi asal,,,cantik je layer n sedap...
aku tepek kat sini sbb kompom nk buat lagi nanti :))


Bahan-bahan ( Saiz kek (8 x 8 x 3) inci )

BAHAN2 UNTUK KEK:-
5 biji telur Gred A
160 g gula
125 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
75 g minyak jagung
15 g ovallate
1 camca teh paste pandan
2 camca besar susu segar/cair

BAHAN2 UNTUK KASTARD:-
1050 g santan
225 g gula
10 g serbuk jelly
1 camca teh paste pandan
100 g tepung Hoen Kwee (warna hijau)
75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis)
Secubit garam


UNTUK KEK:-
Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.

Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.

Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci. Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping.

UNTUK KASTARD:-
Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Mastikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.

UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:-
Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.

Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluar kan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.

Satu petua....gunakan tin utk membakar kek tadi, cuci tapi tak payah guna sabun, cuma buang kerak2 yg tertinggal, lepas tu keringkan, kerana saki baki mentega yg kita guna utk mengris tin tu masih ada dan ini memudahkan kek yg telah dilapis dgn kastard utk dikeluarkan...


keratan rentas...aku punya xcantik,,sob,,sob,,
aku tak pandai lagi nak agak anggaran buat layer tu..
apa pun,,habis jugakkk,,,
abaikan rupa,,rasa mmg best :)

03 March 2012

nasik minyak jus oren

hari2 makan nasik putih boring gak kan...
kali nih aku menerai satu resepi nasik minyak...lain sket dr yg biasa tu..
kali nih buh sunquick sket...
bila makan rasa la masam2 sket tu..tapi tetap sodap..:))



RESEPI NASI MINYAK JUS OREN
by: linapg.blogspot.com
thanks to tuan resepi,,sedap..:))
  • 1 kg beras (dibasuh dan ditoskan)
  • Air sama sukatan ngan beras (10pot beras=10pot air)
  • 1/2 cawan mentega/majerin/myk sapi
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji bunga cengkih
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 2-3 biji buah pelaga
  • 2 kiub pati ayam
  • Sedikit kismis
  • 1 cawan susu cair )
  • 2-3 sm jus oren sunquick
  • sedikit daun ketumbar dan gajus
  • sedikit pewarna kuning
  • 2-3 helai Daun pandan simpul
Cara-cara :
  1. Panaskan mentega dan kemudian masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga bersama bahan dihiris hingga berbau wangi.
  2. Kemudian masukkan daun pandan bersama kiub ayam, air dan susu cair serta jus oren
  3. Biarkan mendidih kemudian masukkan beras.
  4. Setelah nasi agak kering,kecilkan api buat lubang dgn belakang sudu,titiskan pewarna kuning
  5. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak
  6. Setelah nasi masak, gembur2kan nasi menggunakan garfu. Taburkan kismis,daun ketumbar dan gajus.
**aku buat 1/2 resepi nih..


ni pinggan aku,,ehh,,sketnya aku makan....
korang caya ke..hehehe...


yang ni aku tukar sket,,aku malas nak buat acar tu...
aku makan dgn sayur masak lomak putih..hehe...
gajus tu pun buh yg siap perasa tu..kismis pun aku sebat kismis doa anak aku..hehe...
selamat mencuba noksss :))

29 February 2012

zahra gi skolah..

Asasalamualaikum...

akhirnya,,,dua2 puteri ku dah gi skolah...

zahra dah start skolah minggu lepas lg,,tp baru hari ni aku ambik gambo nya..
pasal minggu lepas,,xnampak mcm budak skolah lagi,,baju pun pakai baju biasa lagi...
n pakai selipar lagi...kemain susah nak carik baju n kasut skolah saiz comel2 nih...

jadi,,minggu ni kira dah lengkap..baju yg ditempah pun dah siap..dah boleh posing...hehe...
w'pun lambat..mak tepek jgk..supaya xjadi isu bila ko besar nanti...
"apasal kakak mula gi skolah mak buh dlm blog,,pasal dikma tidak????"
ohhh...itu mungkin soklan yg dia tanya la..hehe....

zahra gi skolah kat area sini je..skolah swsta,,,sebab xde tadika kerajaan yg sudi ambik dia..baru 3tahun daa...
dah menggedik sgt nak gi skolah..anta je lah..xtau la sampai bila tu...
stakat ni ckgu cakap ok je dia,,dia pun selalu cakap dia ceronok gi skolah...
"s" pun xpandai cakap lagi..huhu....
















ni beg pertama zahra ke skolah...hello kitty :))

jadi,,,aktiviti aku pulak..mcm biasa la..rutin2 kesurian..kemas,dobi,masak...cuma tambah le sket,,bfesbuk...suri moden kan..haha...
sambil2 la..pukul 10 start masak dah,,sbb anak aku balik je dr skolah mesti nak makan dulu..
padahal kat skolah siap makan dah...gen sapa la yg kuat kat situ :))

opss...lupa pulak,,,aktiviti lain mak ialah...layankan pokok2 mak yg 2,3 batang tu...
berangan tau nak buat mini rose garden nanti,,,ala2 henggeris garden tuh...


ni pokok2 yg terpilih je yg boleh masuk blog...
yg hazabedah,,,dok belakangggg.....


kesayangan mak...
tgk je,,,sapa usik mak titik tangan ehh...Ggrr...

23 February 2012

ciken cop simple

Assalamualaikum...

menu lunch semalam...ciken cop dongan nasik putih...hehe...
dolu2,,aku pernah buat ciken cop ni,,,siap dgn set2 nya sekali..coleslow,fries,,,kentang lenyek tuh...
abis je makan terus mr wu ajak aku keluar pi kedai makan...xpuas katanya..nak nasik jugak...
so,,kali ni aku belajar dr pengalaman la..hehehe....
dah tekak melayu totok tu kan...nak nasik jugak camna pun :)))


ciken chop aku yg simple aje...tapi aku nak tepek resepi sbb rasa mcm sedap la pulak..hehe..

resepi aku ambik dari myresepi..tgk sini . tq tuan resepi....

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • *UNTUK DIPERAP*
  • 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 cm halia (cincang)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos Lee & Perrins *ni aku xletak
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • garam secukup rasa
  • *SOS BLACK PEPPER*
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 3-4 cendawan butang (cincang)
  • 1/2 biji bawang besar (cincang)
  • garam/gula secukup rasa

Cara-cara

  1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
  2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
  3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
  4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
  5. tapi kalo rase tak cukup je soLinks marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
  6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa. OK?



sos pulak aku ikut resepi k hana...pun sodap jugak...tq resepi kak...

Bahan-bahan
  • 11/2 cawan stok ayam@daging - hana gune stok ayam (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar - nk kurangkn pon bleh!
  • 4-5 sudu serbuk lada hitam
  • 2cm btg salery - cincang
  • 1/2 biji bwg besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 1/2 tin cendawan butang - dhiris
  • 2 sudu besar tpg gandum - bancuh ngan air
  • garam dan gula - jika perlu
Cara-cara
  • panaskan stok ayam, susu segar, bawang n juga btg salery. didihkan.
  • kemudian tapis. buang bwg n juga salery. klu tk nk tapis pon takpe! didihkan smula.. masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
  • last skali masukkan bancuhan tpg gandum utk mendptkan kepekatan yg dkehendaki.
 

Haku dan donia ku... Published @ 2014 by Ipietoon