19 October 2010

makan2 lagi

salam uollssss....

ada yg heran kan nape lambat plak aku hapdet blog kali neh,,,saje je,,,bg entry ilmiah tpampang lama sket.,,hehe

ok,,kali neh aku nk tepek plak satu lg resepi kek..tgk gambo dulu...




aku maleh tunjuk sebijik penuh pasal.....kek haku comott!!!!!malumalumalu

resepi asal kat sini . tima kasih ain ye...

orange cheese butter cake

bahan2
250g butter cup
250 cream cheese
4 biji telur
1cawan gula halus
1sudu teh esen vanila
sebiji sunkist diparut kulit n ambik jus nya

satukan dan ayak;
1sudu teh soda bikarbonat
1sudu teh baking powder
3cawan tepung gandum

cara2
1.pukul butter - kembang
2.masuk gula halus - kembang
3.masuk cream cheese n vanila esen - kembang
4.masuk telur sebiji demi sebiji - kembang
5.dah cukup kembang buh tepung sedikit demi sedikit..gaul kaup balik je..
6.buh parutan kulit limau n jus nya...
7.buh dlm loyang.bakar suhu 180....

senang kan..bahan pun senang..tapi kan,,kek aku pelik sket rasa sebab...aku tak bubuh sunkist,xde..aku bubuh limau mandarin!!!!!!pahit semacam!!!!!!
ekekeke....


---------------------------------------------------------------------------

bila tgk kt ticker 'my diet journey' tu..amboihhhh...2 bulan haku ber atkin diet...mesti la korang duk imejin slim tang sapa la aku kan...sebeno nya....Nan hadooo!!!!!! hu hu hu....

aku nak remove nanti utk mengelakkan sebarang salah paham..muahaha...ssh la nk bdiet2 ni..godaan byk..salah satu Mr wu..

contoh,,mr wu abih shift pukul 7.30 pg..jadi pukul 7.15 mr wu sms siap2 tanya mau mkn apa...
aku reply 'beli kuih anak je'

dlm pkl 8.15 mr wu balik and....


nasik minyak mr wu.....


kuih anak2...cream puf tu ada 3..satu aku dah sebat!!!


nasik lomak sepolistrin ponoh utk aku..mampukah aku menolak nya...??

'iye bang..aku salah kan kamo bang..kamo yg suka ajak aku mkn2...dr mula kawen sampai skrg...janji sama haku bang,,,kamo takkan tinggalkan aku w'pon saiz haku dabel saiz kamo..kamo janji taw'

15 October 2010

jiwa yg aman dah sket

salam di petang jumaat penghulu hari...

entry nih adalah kesinambungan pada entry yg lepas ye...stlh mengenal pasti mslh yg dihadapi...maka gigih haku menggali mcm mana nk slosaikan mslh nih...

maka aku pon ketemu;

Rahsia khusyuk dalam solat
1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.


sila lah baca yeee...sama2 beringat..mungkin ramai yg dah tau sblm ni..
urmm..bagi aku ssh nk khusyuk ni,,kdg2 tu siap ckp lam ati lagi..'fokus2,aku tgh smbhyang neh'..adoi laa...

lg best kita baca diiringi lagu tema di bwh neh...aku pon taktau sapa yg nyanyi...pnyanyi seberang kut..asal sedap je boleh la..hehe..


sekian,,,
MOTTO hari neh: "semoga solat kita lagi berkualiti dari semalam"

13 October 2010

jiwa yang merayau-rayau...

waktu; 1.20pm
lokasi;bilik solat
aktress: seorang kakak pertengahan usia...

setelah berwuduk dengan sempurna,,maka tibalah masa menunaikan kewajipan sebagai hamba kepada pencipta Nya....

usolli fardhan zuhri,,,,,,,
mula lah pelayaran jiwa.....
1.ehh...api nasik dah padam belum ha..adoii...hangus la nasik aku ats dpr gas tu...
dah padam belum ha..??? hati mula berdolak dalik....

2.eh pisau tadi ada kat bekas bawang la..kan ke aku kupas bawang tadi..tu pon tak ingat....

3.vrommmmm!!!! eh..bunyi moto posmen tu..agaknya katalong avon aku dah sampai la tu...waa..best2...tak bestnya kalo beli kat avon sini je..eii..nyampah aku bdk kaunter hari tu...eksen semacam jek...xpe2..nnti aku ajk mr wu gi kemaman....

4.nanti kat kemaman,,,aku nk gi mkn kedai makan ibu ani tu lagi...ala2 nasi padang..syok2...lauk pun byk..rendang paru aritu best gile la..slurrppp...(kesat air liur kat telekung)

5.urmmm...apa pasal ciskek aku xjadi aritu ha..byk tepung kut..telur pukul betul dah...ke aku guna telur gred c..padahal resepi telur gred a...ishh...ada apa pada gred2 nih....

6.uwaaaa...grrrrr...budak2 ni...nak bgaduh je..nanti korang ye..abih je aku sembahyang ni kena la....

akhirnya.....assalamualaikum warahmatullah.....
berakhir juga solat.......

persoalannya....

bagaimanakah harus dinilai ISO solat tersebut..????????
siapa kah aktress tersebut...????

pucca_love_16pucca_love_16pucca_love_16pucca_love_16pucca_love_16

09 October 2010

pantai

cuci mata duluuu...











cantik tak...ni pantai2 yg pemes kat dungun..pantai teluk lipat,pantai teluk bidara,pantai teluk gadong,pantai tanjung jara....semua pantai ni dekat2 je dgn umah aku..

walau pon tak secantik pantai california tuh,,tapi cukup cantik la kat aku yg lahir di kelilingi pokok getah n sawit ni..masa mula2 pindah dulu...tiap2 ptg mesti round2 pantai..pekena goreng pisang n abc...sgt syiok!!!

satu yg ketara,,tepi laut area tganu ni pantainya memanjang...dgn pasir putih dan halus..,,.diulangi pasir putih ye..bukan pasir kepam cam PD tuh..apatah lg bselut cam sabak bernam tu...hahaha...

bila pijak lembut terasa lembut je kat kaki..sangat best berlarian2...lg syok kalo di iringilagu tema masa tu si amelina -


sgt jakun teruja masa tu..skrg nih..urm...aku pun tak ingat dah bila last kaki ku mencemar duli masuk dlm laut tu..takde napsu dah pandang laut..muahaha!!!!

tapi kan...aku syedihhhh tbaca berita nih 2 hari lepas....

Timur: Pantai berahi Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
bhkt@bharian.com.my
2010/10/08

Teluk Bidara lokasi seks, hidu gam

DUNGUN: Pantai Teluk Bidara di sini, sememangnya tersohor dengan kedamaian, dihias pasir putih dan rimbunan pokok berlatarbelakangkan perkampungan nelayan, tetapi reputasinya tercalar dengan tindakan pasangan melakukan perbuatan tidak bermoral tidak kira siang mahupun malam.

Sejak terbinanya jambatan Kuala Dungun-Seberang Pintasan tiga tahun lalu, kampung Seberang Pintasan yang dahulunya seakan terpisah dari dunia luar mengalami perubahan drastik, termasuk pesisir pantai Teluk Bidara, berubah menjadi pantai dikunjungi ramai terutama pada setiap petang.

Arus kemodenan yang melanda turut membawa unsur kurang sihat ke kampung ini yang sebelum ini bergantung kepada bot penambang sebagai pengangkutan utama untuk ke Kuala Dungun bagi mengelak menempuh perjalanan sejauh 20 kilometer.

Penduduk, Bakar Samad, 44, berkata sebelum ini sukar melihat anak gadis ke pantai bersama teman lelaki tetapi kini keadaan jauh berubah kerana kawasan pesisir pantai menjadi medan pasangan muda mudi bercumbu-cumbuan dan melakukan perbuatan maksiat terutama ketika waktu solat Jumaat.

“Gelagat pasangan muda-mudi yang berlagak seolah pasangan sudah berkahwin menggusarkan penduduk kampung sekali gus mencemarkan nama Pantai Teluk Lipat dan Kampung Seberang Pintasan," katanya.

Anggota RELA, Amir Rosli, 39, berkata boleh dikatakan setiap kali pasukannya membuat rondaan, ada pasangan yang dicekup kerana berkelakuan tidak senonoh.

Amir berkata apa yang lebih menyedihkan kawasan pantai yang sepatutnya lengang pada waktu solat Jumaat menjadi peluang mereka melakukan perbuatan tidak bermoral.

“Sementara kawasan bukit berhampiran pantai pula menjadi markas kepada kegiatan menagih gam.

“Penagih gam yang berada di puncak bukit akan dapat melihat kedatangan pengunjung ke pantai sekali gus menjadikan lokasi puncak bukit itu sebagai tempat selamat untuk mereka melepaskan gian," katanya.

Tinjauan Edisi Timur di kawasan puncak bukit berhampiran pantai pantai itu mendapati tin dan plastik gam bersepah ditinggalkan penagih.

Amir berkata, pondok pengawal wajar dibina di puncak bukit berhampiran pantai bagi memudahkan penduduk khususnya anggota RELA membuat tinjauan bagi mengelak kawasan pantai dijadikan tempat melakukan aktiviti tidak bermoral.

apa nak jadi la...nangihnangihnangihnangih

04 October 2010

kebun cinonet

setelah skian lama haku bpenat lelah pektis di alam maya...baru lah aku berani merealisasikan impian aku di donia realiti.....

tq farmville........di sana lah aku buat amali tdahulu...sampai level 47 br la aku ada farmville sndr kt blkg umh ni....sapa kata farmville buang masa..???? haa..tengok2...baru sikit nih..mana tau aku jd peladang bjaya plak nnti..mgondol anugerah petani kebangsaan..!!!!

nasib baik la aku duk umah teres...tanah sekangkang kera je kt blkg nih..kalo duk kg mungkin aku ada sebidang ladang yg luas n byk tanam-tanaman kat situ...mesti Mr wu menyesal marah2..ejek2...masa aku leka men farmville...mesti tiada adegan berebut2 pc masa tu...sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi
(err,,sapa nak jadik neber aku meh la...sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi)

"selamat datang ke farmville cik jie"


pokok bunga..aku tanam pokok jns sng hidup n xbyk songeh je..sntiasa bsyukur dgn kuantiti air yg aku siram..3,4hari xsiram pun menten lagi..hehe...


daun kesum,,,walau pon daun xgebu mcm aku tapi lepas la wat bau2 dlm piuk tu.. :)


lengkuas...


daun bawang...ohh..yg ni aku puas hati thp tumbesaran nya...byk dah bjasa....:)


pokok betik..br paras pinggang..lmbt lg la nk mkn buahnya...


spesis plg kasihan..pantang ada daun baru sket kena cantas...ada je la yg aku msk guna daun pandan..cian ko ekk..dr tnm sampai skrg lagu tu..dah..dok dendiam..mujur ada daun sket lagi tuh!!!jgn derhaka!!!!


daun limau purut...sng bikin paprik n tomyam...


daun kari..pun aku puas hati tumbesarannya..tau bwk diri..walau pun kecik lg dah byk keluarkan daun...sng aku mengkari..kalo grg ayam bubuh daun kari dlm myk wangi je...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


cite lain plak..aritu aku gi tgk si aiman ni wat show kat uitm dungun ni..aku gi pon sbb sepupu aku tlibat sama dlm mjlis ni..xpasti la majlis apa tp ada lg 2kumpulan nasyid masa tu..pesta nasyid kot....ehh .cm xsesuai lak sebut pesta nasyid..karnival nasyid la..sopan sket kan... :)))
jd aku pun nk tgk la khebatan sepupu aku tu,,sambil tu tgk show pree aiman ni...
sedap jgk sore live aiman ni..ala2 yassin pun ada jgk..jauh la banding dgn spupu aku tu..hahhaha...(cian ko iwan)
dah..aku xbleh nk komen lebih2 pasal BAPAK si aiman ni bos Mr wu!!!!!!


aku google terjumpa aiman masa juara lagu tuh,,,jangan la pakai mcm ni lagi...very la the hazabedahhhh!!!!!!!


 

Haku dan donia ku... Published @ 2014 by Ipietoon