13 September 2009

salam aidilfitri...

waa..tggl beberapa hari je lagi kan nak raya..rasa mcm baru je pose..
thn ni aku raya kat terengganu..turn Mr wu...thn lepas dh kat kg aku..
yee..demi mjga kharmonian umahtangga..aku sedaya upaya tidak mncabuli pjnjian yg dibuat sblm kawin dulu...raya ikut turn...stakat ni ok ajelah beraya kat sini..
juadah lak nasik dagang,nasik minyak,ketupat palas..err..ketupat palas ni xbrapa nak lalu la kat tekak aku...dh dimasak pulut tu pehtu digoreng plak..berminyak2 je..tapi kalo aku lapar bleh plak makan..hehee....satu yang aku suka..sate..kalo p bertandang umah org,,aku ske mbandingkan sate sape yang paling best..kalo kat kg aku dok banding lomang..lomang acik tu sodap..lomang acik tu koreh..lomang acik tu rontung sket...sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi...eii...nak balik kg raso eh....
rendang jarang jumpa kat sini..nasik minyak tu makan dgn ayam masak merah la slalunye...pg2 raya jiran tukar2 mknn...jadi penuh la meja tu...lg2 my mil guru agama kat kg ni..ramai la anak murid nye yg anta juadah..
w'pun byk cmtu,,kdg2 satu pon xkena kat tekak aku..suma manis2 aje..kdg2 aku slalu ckp kat Mr wu..org teganu ni suka mkn manis2..patut la ramai yg kena kencing manis...pehtu Mr wu jawab..org negori suka mkn pedas2..patut la ramai yang buasir...marahmarahmarahadeiihhh...panas tinge aku...
baju2 setel dah..tggl kuih raya je lg..aku igt nk wat almond london sok..bskt ni kena wat lambat2 sket..kalo tak xdan nak tggu raya..dicurik oleh mereka2 yg dalam umah ni gak..sengihnampakgigisengihnampakgigi...
kasut aunee pn xbeli lg..ingat nak beli sandal je tuk dia..bila tgk zahra pakai kasut,dia pun nak kasut gak..siap ckp..mama..kakak nak kasut mama..cian kakak...alahai anak dara ni..dia mmg byk mulut skrg..hepi je tgk dia bcakap mcm org besar skrg..
di kesempatan ini aku ingin mengucapkan :

Glitter Words

10 September 2009

sauna


FAEDAH & KESAN BERSAUNA


Sila perhatikan manafaat bermandi wap ( bersauna) dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain

1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 - 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori

MENGAPA BERSAUNA :

1-Membakar Lemak dari luar dan menurunkan berat badan secara teratur.
2-Menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin.
3- Menyingkirkan toksik badan melalui peluh
.4- Mengurangkan risiko darah tinggi, kencing manis & dll.5- Menyegarkan tubuh badan anda selepas penat bekerja.
6-Mengurangkan sinus/resdung dan jerawat.
7-Membersihkan kulit dan kelihatan segar, halus dan licin.

KELEBIHAN BERSAUNA :

1. Untuk Kecantikan- Mencantikkan kulit, menanggalkan daki-daki pada celah-celah badan seperti ketiak, paha, tengkuk, jeragat di muka & melancarkan peredaran darah.
2. Untuk Pelangsingan Badan- Membakar lemak (sehingga 600 kalori), sama seperti berjogging sejauh 5 km! Paling berkesan untuk kuruskan badan.
3. Untuk Kesihatan- Mengurangkan demam, selsema, lendir, kahak, alahan hidung, migrain, mengeluarkan toksik, mengurangkan sengal-sengal, sakit sendi, meningkat metabolisma, meningkat pengaliran darah, memcahkan lemak lemak, kolestrol baru dan lama, mengurangkan berlaku penyakit jantung, strok dan darah tinggi, anti penuaan dan masalah tidur.
4. kepada Wanita Lepas Bersalin- Mengecutkan perut, rahim, paha, menyembuhkan luka-luka dalaman, menjadikan ibu lebih bertenaga & cergas.
Amalan Kesihatan :Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15 hingga 20 minit setiap kali. Tiga(3) penggunaan seminggu sememangnya sudah memadai. Anda akan merasai kesegarannya setiap kali anda melakukan mandian. Minum air secukupnya sebelum dan selepas penggunaan herbal sauna. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan. Penggunaan ketika kekenyangan adalah tidak digalakkan, memandangkan badan kita pada ketika yang sama juga menggunakan banyak tenaga untuk sistem penghadaman.
Untuk Mengurangkan Berat Badan/For Weight Reduction:Lakukan mandian 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama 10 ke 20 minit lagi . Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya.
Khasiat – kasiat lain adalah

1) Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan system imunisasi badan .
2) Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan dan menambah susu badan serta mencairkan lemak.
3) Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit.
4) Terbaik ialah menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda.

pesal plak eh tetiba je cite bab sauna ni..jeng..jeng...
^
^
^
^
^
^
^
^



ni ler set sauna aku..hehee...nak bersauna la pulak..

siap priuk steam ni..agak2 leh msk nasik tak dlm ni..fikirfikirfikir...


termasuk gak rempah2 ni..bau dia ala2 jamu indon tu..busukbusukbusuk...

lama dah aku aim benda ni..tapi Mr wu agak keberatan nak bagi..takut jadik gajah putih cm beskal aku..tapi hari2 aku dok sebut je..merengek2...panas kut tinge dia..sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi..so..finally..aku dpt gak masa on the way balik kg aritu..beli kat kuantan..
to my laling..my princess..my friends...korang tgk la gambar aku puas2 sblm2 ni..takut korang xkenal plak bila body aku dh jadik cam maya karin nanti..hahaahaaa!!!!...(tapi..korang jgn la kutuk kaw2 plak seandainye aku tak bjaya yeee...bisingbisingbising....)

tujuan aku nak benda ni kunun2 nak mbakar lemak2 tepu ni..sjk beli tu baru sekali aku guna.
ok laa..xde la panas smpai nak tsiat kulit tu..bleh tahan la..doakan misi aku bjaya ehh...
pada korang yg jeles tu..mula la merengek2 ye....kalo bleh..wat2 la mgngigau sebut sauna..sauna..pecaya la.mesti asben korang akan kecian kat ko..hehee...gelakgulinggelakgulinggelakguling....errr..aku bg tip aje..aku xbuat pun..aku wat tip lain..hhihii...

03 September 2009

my anniversary..

today...my 4th anniversary with my laling..kejap je rasa dh 4thn..rasa mcm baru je kawin..err..time baik ni rasa kjp je 4thn tu..time tak baik..rasa cam 14thn dh kawin..hehee...biasa la kan..gaduh2 manja dlm rumahtangga..xde la skema aje..nasib baik Mr wu penyabar org nye..nasib la..dpt bini kepochi nih..hhihhiii...stakat ni xde lagi ye pinggan mangkuk aku berterbangan...so..sempena spesel day ni..aku mgagah kan diri wat sbjk kek...


deco fail...cantik sket dari budak tadika KEMAS buat..malumalumalu..

then,aku buat puding karemel pebret Mr wu...



mengimbas kembali masa dulu..sbena nye mak aku kurang senang aku kawin dgn org jauh ni..reason..jauh la..aku pon xde la bcinta sakan dgn Mr wu ni..lama gak la kitorang bkawan sblm kawin..6 tahun kut..aku pun pelik..dlm masa 6 thn tu xde plak mamat lain yg sudi dgn aku..waa..waa.waa..nangihnangihnangih...tah2..Mr wu dah mendrem aku kut!!!jeng!!jeng!!setansetan..
aku pun ada tanya Mr wu,,dia xde ke stok2 aweks lain..dia jawab..takde..malas la..byk dh prepaid abih kat aku..cheh..

tuk tatapan semua..auww!!..malu ahkak...


**gambar terpaksa di delete utk mengelakkan kglemeran yee...**


and to my laling...i will always love u as i love u on the day we start our life together...lovelovelove..
and i'm dedicated this song spesel for u..dengar ye.......'sepohon kayu daun nye rimbun..lebat buah nye serta bunge nye...gelakgulinggelakgulinggelakguling...ni ha lagu sbeno nye...

dealova....once...nyanyi sendiri la yeee....

01 September 2009

bahasa negeri ku..

jom..kita test..aku tpaksa baca 2,3x nak pahamkan ayat2 ni..aku kopipes aje dari fesbuk.pose ni malas nak perah otak nak pikir..hehee..pekat gile loghat ni..dh mcm bahasa saskrit skali imbas.hahaha!!..
Buktikan anda benar2 faham lawak Nabil, AC dan Ebby Yus, bukan gelak buat2 paham..

Sejauh mana kefahaman anda tentang loghat Negeri Sembilan

1. Maksud ayat ini: Kok chennia la ghoman eh, mati idup balik tak koso den nak bekawan do....!
A = Kalau ini lah rupanya, mati hidup semula pun saya tak ingin berkawan dengannya!
B = Kalau macam ni lah rupanya, mati hidup semula pun saya tak ingin berkahwin!
C = Kalau kerja gomen ni, mati hidup semula pun saya takkan dapat kawan!
D = ikan toman di chennai mati hidup semula setelah bertemu kawannya.

2. Maksud arahan: Sebulek'an lauk2 tu aa..
A = Satukan lauk-lauk di dalam satu mangkuk
B = Satukan lauk-lauk yang sama di dalam satu mangkuk
C = Bulatkan lauk menjadi lauk kepal
D = Bulatkan pada lauk yang hampir

3. Maksud perkataan: Chelait / Keropai
A = Pengait / Kopiah
B = Pengait / Beg
C = Torchlight / Beg Sandang
D = Pengait / Keropok Tapai

4. Maksud perkataan: Kesompok'an
A = Tompok
B = Tersampuk
C = Kantoi
D = Terserempak

5. Maksud perkataan: Menggelintin
A = Melompat-lompat
B = Geli geli je
C = Tergedik-gedik
D = Menggentel

6. Maksud perkataan: Judu
A = Judo
B = Jodoh
C = Pasangan bagi sesuatu
D = Return of Jedi

7. Maksud ayat: Omat aka den!
A = Hormat idea aku!
B = Habis idea aku!
C = Habis dah akal aku!
D = Hormat kehadapaaaan hormat!

8. Maksud ayat: Berketuntang laghi eh!
A = Berlari dengan kentang
B = Berlari dengan laju
C = Bertunang sambil berlari
D = Berlari lintang pukang

9. Maksud perkataan: Ontok
A = Tidak bersuara
B = On the top
C = Senyap
D = Brontok

10. Maksud ayat: Apo lak kau amik ompuk den? Dongki mak amek lah!
A = Apa pulak kau yang ambik? Dengkinya!
B = Apa pulak kau ambik lempuk aku tu? Dengki!
C = Apa pulak kau amik kerusi empuk aku? Dengki macam mak Ahmad la kau ni!
D = Apa pulak kau ambik aku punya? Dengki betul!


selamat menjawabb..ni btl2 pekat punye loghat ni..rasa nye ramai dah tak guna perkataan2 ni..lagi2 dak2 muda ni..sesekali kalo aku blk kg dgr acik2 kg speaking nogori ni best je dgr..klaka pon ado..hehee..kalo pikir,sayang gak bahasa ni ilang satu hari nanti..aku ada gak ajar my girl spatah dua bahasa n9 ni..yg dia tau satu je 'angek - panas'..yg lain2..tak mboh,ikang,makang...aku ada gak la ajar omputeh sket2..dpn akuarium aku tunjuk la..fish..fish..datang Mr wu..tgk ni ikang..ikang..adeiii...

**jawapan akan dibori agak2 n3 ni dah sojuk..sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi.....

18 August 2009

gemuk...

sebab2 wanita lebih cpt nampak GEMUK dan TUA

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana
menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan
anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita
khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah
makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita,
sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni,
terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk
anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan,
buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab
makanan x sempat nak hadam betul2.(AKU SOKONG....)

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka
membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan
menghabiskannya pulak. Sayang katanya… takut membazir. Membazir
tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni
kuat betul makan!"(AKU SOKONG GAK)

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan
tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak
bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa
puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak. Bila x cukup tido,
mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa
tu guna Total Effect ker, aper ker… xkan nak hilangnya. Petua utk
cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.(BETUL2..AKU SOKONG)

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk
membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang
kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya… nak itu,
nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2… dan bila marah2, banyak
leter, so cepatlah jadi tua..(AKU SOKONG GILE!!!!)

Kesimpulannya…wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan
LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan
isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan
anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu
melakukan seperti dia…

*** aku kopipes aje dari email yang aku dapat..pandangan aku dari sudut sebagai isteri ni aku setuju aje dgn kat atas ni..mcm aku..pas kawin la aku mengalami 'tumbesaran' yang agak mdadak...punca nye 1 aje..makan.aku ske makan,Mr wu pon ske makan...kadang2 kitorang blumba2 nak makan byk.lg2 kalo makanan tu best..hahahaa!!!...las2 aku tersedar...badan haku makin mmbesar tp Mr wu mantain aje..tapi apa nak buat..nasik dah jdk bubur..aku terus aje makan..dan makan...dan makannn..sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi....

 

Haku dan donia ku... Published @ 2014 by Ipietoon